Ticker

6/recent/ticker-posts

Orang Yang Paling Banyak Buat Kita Tersenyum Boleh Menjadi Orang Yang Selalu Buat Kita Menangis


Assalamaulaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah ucapkan syukur atas nikatmnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Entahlah beberapa hari jiwa agak kacau, pelbagai dugaan datang menyerpa dalam hidupku. Memang pasrah dan berserah dengan ketentuan ilahi.

Tersimpan segalanya di dalam hati seorang orang diri. Hanya pada Allah tempatku luahkan segalanya. Bukan tidak mahu berkongsi sesama insani tetapi sayangnya kepercayaan yang di beri itu telah di khianati. 

Sahabat adalah orang yang paling rapat dengan kita dan kita percaya dengannya. Kita cerita rahsia kita untuk berkongsi dengannya kerana kita yakin dia adalah sahabat baik kita dan dia juga lakukan pekara yang sama. Kita sebolehnya dan sebaiknya jaga rahsia itu. Terkejutnya apabila orang lain tahu tentang perihal kita dan tentunya dia orang asing bagi kita. Bila di tanyakan siapa bagitahu, sahabat baik sendiri. 

Pernah di tipu oleh sahabat sendiri ? 

Apa perasaan kamu jika di tipu hanya kerana perempuan ? 

Emm entahlah sahabat, apa lagi terdayaku jika segalanya yang kau lakukan demi kepentingan peribadimu dan sanggup sahabatmu ini kau perdayakan dengan ceritamu.

Jika di bicarakan soal cinta pastinya hati berkali terluka.

Di tipu ,di tinggalkan dan di sakiti oleh seorang wanita. Penat sudah rasanya, malas nak biarkan hati ini terluka banyak kali.

Mungkin itu sebabnya malas nak bercinta ,aku serahkan hatiku dan jiwaku hanya untuk ALLAH. Dia tahu yang terbaik untukku. 

Memang sakit apabila orang yang kita percaya, orang yang menjadi peneman kita ketika sedih dan duka mengkhianti kepercayaan kita. Lebih sakit lagi dia buat cerita buruk dan menfitnah sahabat baiknya sendiri.

Adakah itu sahabat ? 

Jawapannya hanyalah ada pada dirimu, lidahmu bercabang tiga mampu melunturkan seribu perkataan dalam senyap.

Ya ,aku bukanlah seorang yang baik tetapi tak pernah aku mengkhianati orang yang aku percaya dan orang yang aku sayang. 

Nasihat acik pada semua pembaca blog aku penghibur bersederhana dalam segala hal begitu juga soal hati. Siapa pun dia yang bersifat makhluk , jangan berikan sepenuhnya. Letakkan sedikit ragu untuk persedian hati , jika di sakiti ianya menjadi penawar kepada luka tersebut.

Aku ikhlaskan apa yang berlaku, dia juga pernah ceriakan hari-hari acik . Acik telah maafkan semua yang pernah lakukan kesalahan dan acik juga minta maaf jika ada lakukan kesalahan kepada kamu semua.


Ya Allah…


Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku banyak teman.Baik yang dulu maupun yang sekarang, baik jauh maupun yang dekat.Aku mohon kepadaMU ya ALLAH limpahkan rahmatMU kepada mereka semua n lindungilah mereka...



Ya Allah…


Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.



Ya Allah…



Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.


Catat Ulasan

10 Ulasan

paridah berkata…
BERSABARLAH ACIK...PERSAHABATAN ITU PENTING TAPI XSEMUA BOLEH DILUAHKAN KPD SHBT ITU SIMPAN SEDIKIT RHSIA DIRI DI DLM DIRI...
mila berkata…
btl tu kalo dh kena skali kite mmg akn lebih hati2..stkt ni sy blm ada lagi jenis tikam blkg..tp xtahu la kalo sy xtahu hehe
careno berkata…
btul tu acik... bile org yg slalu hiburkan kita melukakan hati kita... sakitnya tu aduhhh...
niesalhaq berkata…
Moga acik tabah yaaa. Its life. 'Nak cari kawan, cari yang bisa jaga aib kita walaupun dah bergaduh atau dah tak contec lagi. Sebaik-baik kawan adalah yang bisa menjaga amanah'.
Kuatkan semangat. Papepon, hidup mesti diteruskan
Unknown berkata…
Sabar acik.. setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Insyaallah..
Hafid Sulaiman berkata…
Moga Allah memberikan ganjaran pahala di atas musibah dan menggantikannya dengan yang lebih baik...
Khir Khalid berkata…
Sabarlah.. setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga sinar kebaikan akan bertambah2 lagi selepas ini... aamiin.
Maria Firdz berkata…
Sandarkan cinta itu kpd Allah... Insha Allah...jika kecewa kita tak kan terasa sgt... Semuanya pinjaman dari Dia..
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Saat ketawa memang indah..tapi bila kita menangis disebabkan orang yg selalu buat kita tersenyum..itu sesuatu yang cukup sesih untuk diterima..
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Saat ketawa memang indah..tapi bila kita menangis disebabkan orang yg selalu buat kita tersenyum..itu sesuatu yang cukup sesih untuk diterima..