Ticker

6/recent/ticker-posts

Pertemuan, Bertemu Orang Salah Satu Perjalanan Untuk Bertemu Jodoh Yang Di Tetapkan

Gambar hiasan

Assalamualaikum

Entri ini sebenarnya sudah lama ingin di terbitkan tapi demi kesesuaian waktu ianya di terbitkan sekarang !!

Aku pernah lalui bercinta bertahun-tahun dan akhirnya mengikat pertunangan .Cinta itu tak kekal lama, terdapat persimpangan di mana kami putus tunang dan dia berkahwin dengan kawin baik aku sendiri.


Sedih ? Semestinya tetapi bila di perhalusi sebenarnya mereka memang jodoh,aku hanya menjadi pengantaraan untuk mereka bersatu. Macam manalah acik boleh positif sangat ini, sedangkan dia tinggalkan kau, 7 tahun kau dengan dia.

1. Percaya Jodoh dari Allah.

Kau kena yakin satu perkara bahaya jodoh dari Allah itu tidak pernah silap kadang ianya sebagai pertemuan dan ujian untuk jumpa yang benar. Cepat atau lambat itu ketentuanNya. Jodohkan rahsia Allah.

2. Menangislah dan jangan berdendam

What ?  Menangis ? 

tentu pada kau itu bukan pilihan yang baik sebagai seorang lelaki. Tetapi ianya adalah cara terbaik merawat dan melepaskan apa yang kau rasa. Sebaiknya menagislah dan berdoa pada Allah, ceritakan apa yang kau rasa. Pastinya Dia ada untuk kau. Lagi satu jangan berdendam kerana ia akan buat hati kau makin sakit dan mungkin ada hati lain yang terluka.

3. Jangan stalk laman sosial dia.

Masa itulah tangan kau gatal nak buka facebook dialah, twitterlah, instagramlah. Jangan ianya akan menambah luka lama. 

4. Berdoa dia jumpa jodoh yang baik.

Kau tahu cara yang terbaik adalah doakan dia dapat jodoh yang baik kerana doa kita dapat kebaikan. Maksudnya ?

Bila kau suka doakan benda yang baik-baik untuk orang maka kebaikan itu datang pada kau dalam pelbagai cara yang kau tak di duga. Mana tahu tetiba pergi ke Lego Land jumpa awek kat sana nak tergolek , kau tergelak dan mulalah pertemuan demi pertemuan hingga ke jinjang pelamin. Mana tahukan ?

4. Dia yang rugi sebab tinggalkan kau.

Sebenarnya dia yang totally rugi ?

Yelah, kau kan jenis yang caring, baik hati, comel dan sebagainya. Tapi dia tinggalkan kau ? Tak patut , tak jadi masalah kau boleh dapat yang lebih baik yang boleh terima kau seadanya. Positif sikit !! Come on !!

7. Jangan ikutkan sangat kata hati

Kadang ikut sangat kata hati akan membinasa diri. Hati kata : doalah jodoh yang terbaik untuk kau !! Kau mesti dapatkannya dengan apa cara sekalipun hidup atau mati !!


Sebab itu waktu ini kau kena banyak berzikir terutama dalam hati , biar syaitan di hati terbakar sedikit. Tahu memang sakit tapi kalau melepaskan itu buatkan semua bahagia, fikirkan bila kau dah kawin dengan dia, dia curang belakang kau lagi sakit.

8. Jangan tonton movie korea, drama melayu , jepun dan hindustan.

Drama rindu awak 200 % , Mr prefect 10 , My Hero From Marikh Dil Tol Pagel Hei. Itu semua telah di tetapkan pengarah dan mereka melakonkannya. Kau pun feeling dan mengharap di dunia realiti ada macam itu. Dahlah baru putus cinta, makin frust la jawabnya. Come on jom kita pergi surau..krik krik krik..

9. Belajar menerima takdir dan ikhlaskan

Wei acik, bukan senang tau 10 tahun dengan dia !!

Aku tahu tu, tapi takkan kau nak biarkan di bahagia dan kau jadi bodoh menunggu dia. Siapa rugi, ikhlaskan apa yang berlaku, bila kau dapat buat begitu kau akan move on dari kisah tersebut , inshaAllah kau akan jumpa seseorang yang selayaknya untuk kau.

10. Berdoa

Kau selalu doa minta yang terbaik, Allah temukan kau dengan dia sebagai pengalaman. Dia sayang kau, jadi dia berikan masa untuk kau muhasabah diri dan bila tiba masa yang tepat pasti ada jodoh untuk kau.Jadi sabarlah Dia ada perancangan terbaik unt

Acik taip ini semuanya adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan aplikasi 10 cara di atas.Alhamdulilah sekarang ini keadaan semakin membaik dan positif. 

Catat Ulasan

10 Ulasan

Nisa Ahmad berkata…
Nice entry. Thanks acik. Seolah mengerti yg diri ini sedang dilanda resah apatah lgi mengenangkan si dia akan berkahwin. Benarlah, diri ini sbagai pengantara utk dekatkan dgn kawan baik sendiri. Moga hati terus tabah dan berdoa ditemukan jodoh yg lebih baik. InsayAllah
paridah berkata…
SESAL JUGA KAN MEMBUANG MASA DGN HUBUNGAN YG SIA2 TAPI PASRAH REDA TAKDIR-NYA TERBAIK UTK KITA..
Ujie Othman berkata…
Insya Allah..pasti ada yg indah menanti!

jemput baca http://ujieothman.blogspot.my/2012/05/allah-gantikan-yang-lebih-baik.html moga bertambah kuat semangat!
Allah dah atur yang lebih baik. apa2 jadi yang melukakan itu sebenarnya ujian kekuatan hati. Moga semuanya dipermudahkan buat acik..
Unknown berkata…
Bab jgn stalk tu , part yg pling susah nk buat.. smpai dia dh private semua social media dia. Hahahaha
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Semoga satu hari nanti acik akan dpt jodoh yang baik baik..insyaallah
Mieyra_Yt berkata…
100% sama.... Semoga dpt jodoh yg baik jugak....
norfaiza berkata…
xsanggup melepaskn...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Izza berkata…
Terima kasih atas nasihat yang penuh dengan kebaikan.Saya akan cuba hilangkan kesedihan di hati ni. Insyaallah.