Ticker

6/recent/ticker-posts

Pisang Cavendish Sangat Sesuai Untuk Mereka Yang Sedang Diet !

kelebihan pisang cavendish

Assalamualaikum

Aku sekarang under diet, haha tergelak sekejap tetapi biasalah aku memang tak boleh berpisah dengan nasi. Jadi aku cari alternatif lain untuk dapatkan energi untuk badan. Jadi ada seorang sahabat itu cadangkan aku beli pisang. Bukan semua pisang khasiatnya sama ke ?

Lalu aku pergilah Mydin mencari pisang yang di sebutkan dan buat pertama kali aku tahu ada pisang nama yang sedap di dengar iaitu Pisang  Cavendish.

Apa pulak pisang Cavendish ini ? 

Pisang Cavendish merupakan tanaman komoditi buah-buahan tropika yang sangat popular di dunia, berasal dari Vietnam dan China. Namanya adalah sempena nama William Cavendish, Duke Devonshire ke-6. Pisang ini juga dikenali dengan nama Pisang Ambon Putih.Pisang Cavendish banyak dikembang biakkan menggunakan kaedah kultur jaringan. Keunggulan tunas pisang kultur jaringan ialah ia mampu melawan penyakit seperti layu moko secara semula jadi. Penyakit ini terjadi akibat serangan oleh Pseudomonas solanacearum dan layu panama akibat Fusarium oxysporum cubense.Dalam kultur jaringan pisang, sehingga saat ini yang banyak dikenali ialah kaedah kultur dengan eksplan bonggol.

Itu soal sejarahnya, apa pula kelebihannya ? 

1. Rasanya yang sedap dan kurang manis dan sedap untuk di makan. Selain dapat mengenyangkan perut dengan makan satu dari sesisir pisang.

2. Sebagai sumber energi kerana kandungan karbohidrat sederhananya ukup untuk mengganjalkan perut. Jadi ianya sesuai untuk orang diet dan masa acik main olahraga rata-rata hidangan buah-buahan adalah pisang jenis ini.

3. Menyehatkan jantung. Kandungan kalium tinggi dan sangat berkesan mencegah tekanan darah tinggi untuk diri kita.

4. Menyimbangkan darah. Pisang Cavendish kaya dengan vitamin B6 yang berperanan aktif dalam pembentukan antibody dan jiga hemoglobin di dalam darah kita. Jadi pengambilan Carvendish sudah tentu menyehatkan.

5. Melindungi sister saraf dan menjauhi potensi terkena stroke.

6. Sebagai mood boster , kerana ianya memberikan ketengan kepada manusia melalui setonin zat yang bertanggungjawab atas feeling kita untuk kita merasa lebih tenang dan bahagia.Cewah kalau kali sentap elok sangat makan pisang ini.

7. Ianya sangat baik untuk kesihatan otak kita.

8. Kalau kamu selalu pedih perut ataupun selalu sakit perut ianya bagus makan pisang ini kerana ianya dapat menenangkan perut kita dari selalu pedih dan pastinya kenyang bila makan.

Acik jenis tak boleh lambat makan jadi pisang ia amat sesuai sekali untuk acik terutama bila pagi-pagi. Fuhhh 


Catat Ulasan

8 Ulasan

Akak Kembang berkata…
baru tau nama sbnr pisang tu. mmg sedap pisang ni ... elok tuk diet ek...blh cuba nnt
sitirohaida berkata…
selalu tau makan je..janji sedap acik...ni dah tau nama sebenar pisang ni..
Cik Nor berkata…
cik nor thu mkn jer..nama pisng xthu..hihik..singgah blog acik:)
y i e n berkata…
Owh ye ke? Ok noted.. Thanks 4 sharing :)
Unknown berkata…
Slalunya pisang ni djual dimana ya?
deedee berkata…
dkt Mynews ada jual. RM1.30
Unknown berkata…
Slalu makan pisang makan jek... tapi lepas ni kena menghayati khasiatnya pulak lah... panjang lah citer berikutnya... Bismillah..
Unknown berkata…
I panggil pisang montel.. Suka makan sebab kulit pisang ni cantik kuning.. Dan sedap.. Tak manis sangat