Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Ada Duit, Tapi Saya Tak Bahagia


Assalamualaikum


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke hadrat ilahi atas nikmat yang tak terhinga.Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Pagi ini acik tiba-tiba dapat telefon dari seorang untuk berjumpa. Entahlah mengapa mulut berkata ya untuk berjumpa walhal tak kenal pun.

Setelah berada di tempat yang di janjikan, akhirnya dapat bersua dengan si pemanggil . Rupanya beliau seorang doktor dan selalu juga membaca blog ini dan pernah sekali ada program bersama semasa kem motivasi.

DR : awak ingat saya tak ?
Acik: ermm minta maaf saya tak berapa ingatlah.
DR : saya DR R*** kita pernah ada program bersama untuk kem motivasi di melaka ingatkan. 
Acik: Ohhh doc, ingatkan siapa, kenapa doc ? 
DR : saya sahaja nak bersembang dengan kamu...

Setelah bercerita panjang tiba-tiba doc berkata

DR : Nanti kalau kamu dah berkerja, saya tahu mesti kamu mesti nak kumpul duit banyak dan kerja lebih masa. Tapi awak kena ingat satu benda, di dunia ini kita hidup bukan hanya sekadar untuk mencari duit sahaja. Jangan jadi macam saya ...

Acik: Baik doc saya ingat nasihat tu, jangan jadi macam doc ? maksud doc ? semestinya doc role model yang patut di jadikan contoh.

DR: Mungkin dari pendidikan dan pecapaian ,kamu boleh jadikan saya contoh ,tetapi tidak untuk hidup saya. Kesilapan terbesar dalam hidup saya adalah sewaktu kemuncak kerjayaan saya. Saya terlalu sibuk dengna kerja saya, saya abaikan anak dan isteri saya. Mak saya pun saya abaikan. Saya pentingkan diri , saya ingat duit mampu buatkan membahagiakan.Tetapi saya silap.

Saya selalu buat lebih masa, masa saya dengan isteri dan anak-anak hanya terhad. Pada saya kerja itu lebih penting. Saya tak sedar apa yang saya buat, saya berikan duit setiap bulan pada mak ayah. Pada saya cukuplah tu, isteri saya sibuk dengna kerjanya dan anak-anak kami ajar berdikari. Tapi semua itu hanya bersifat sementara.

 Terkesan apabila mak saya terlefon saya dia kata : mak tak nak duit yang banyak, tapi tolonglah kembalikan anak mak yang mak sayang. Mak teringin sangat nak jumpa dia dan peluk di sebagaimana sewaktu dia kecil

Anak-anak saya jadi liar , bebas dengan hidupnya. Saya silap, baru saya tahu duit bukan segalanya.Saya ada duit, tapi saya tak bahagia.Ada duit memang boleh lakukan segalanya tetapi tak dapat gantikan kasih sayang yang telah menjauh antara kami. 

Acik: Sabar ye doc, ermm doc tiada istilah terlambat doc, doc masih ada masa betulkan masa yang ada. Jangan sia-siakan mereka yang ada dengan doc. Kita mampu mengubahnya ,luangkan masa bersama dengannya.

Ermm acik pun tak mampu lakukan apa-apa tetapi hanya sekadar nasihat sebagai seorang rakan kepadanya. Ye memang betul duit memang bukan segalanya ,duit tak mampu kembalikan kebahgian, duit tak mampu membeli kehidupan.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

Berikut ini teladan dari Junjungan Kita SAW :

Aisyah r.a.: Ada seorang Arab dusun datang kepada Nabi Saw. sambil berkata, “Engkau mencium anak-anak, sedangkan kami tidak pernah mencium mereka.” Nabi Saw. menjawab, “Apa dayaku apabila Tuhan telah mencabut kasih-sayang dari hatimu.” (HR. Bukhari).

Nabi Saw. mencontohkan bagaimana menyayangi anak. Pernah Rasulullah Saw. menggendong cucunya, Umamah binti Abi Al-Ash, ketika sedang solat. Jika rukuk, Umamah diletakkan dan ketika bangun dari rukuk, maka Umamah diangkat kembali.

Pernah juga Rasulullah Saw. bermain kuda-kudaan dengan cucunya yang lain,Hasan dan Husain. Ketika Rasulullah Saw. sedang merangkak di atas tanah,sementara kedua cucunya berada di punggungnya, Umar datang lalu berkata,“Hai Anak, alangkah indah tungganganmu.” Rasulullah Saw. menjawab,“Alangkah indahnya para penunggangnya!”


Luangkan masa kamu bersama orang yang kamu sayang, utamakan keluarga dalam apa jua keadaan. Belum terlambat untuk kamu perbetulkan keadaan. Kamu masih ada masa lagi, jangan sia-siakan.Seimbangkan lah dunia dan akhiratmu. Kita akan di adili di dunia dan akhirat kelak nanti. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

At-Tarmizi berkata…
Betul...nilai bersama keluarga tidak ternilai harganya =)

http://at-tarmizi.blogspot.my/
Ana berkata…
betul tu..duit memang penting tapi tak semua benda boleh dibeli dgn duit kan..
paridah berkata…
KEBAHGIAAN BERSAMA KELUARGA TIDAK TERNILAI HARGANYA...
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Btol tu acik..nilai bersama keluarga tak dpt nak dibayar dgn wang ringgit..semua kebahagiaan takkan kita kecapi tanpa keluarga disisi