Ramai yang tanya acik soal perkahwinan. Tentang soal adat dan sewaktu dengannya. Memang ambil masa untuk membicarakan tentang yang carian terbanyak di google.
Islam merupakan agama yang mudah dan tidak membebankan. Membicarakan isu majlis kenduri kahwin (walimah) daripada konteks Islam adalah mudah. Isu Islam sebagai agama yang mudah dapat difahami berdasarkan hadis yang berbunyi : “Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama.
Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam." (Hadis Riwayat Bukhari)
Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam." (Hadis Riwayat Bukhari)
Berdasarkan hadis ini, majlis kenduri kawin (walimah) daripada konteks Islam tidaklah memberati para penganutnya dalam urusan pelaksanaannya. Islam menggalakkan penganutnya untuk mengadakan walimah berdasarkan kemampuan. Walaubagaimanapun, Islam begitu mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan ayat firman Allah SWT maksudnya :“Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(boros) dengan melampau (Surah al-Isra' ayat 26)
Dalam kalangan orang melayu kita penuh adat dan kadangkala adat itu menjadi satu kewajipan dalam sesebuah perkahwinan.
Antara adat yang tidak ada dalam islam
1. Hantaran
Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, wang ringgit atau sekadar bacaan dari al-Quran.
Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah SWT. yang bermaksud : " Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' ayat 4 )
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Hadis Riwayat Bukhari )
Dari hadis di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah SAW pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu baginda bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat al-Quran, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Nabi SAW pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.
Tetapi sekarang pula ianya menjadi keutamaan dalam perkahwinan dan sebenarnya ianya sebagai pilihan bagi mereka yang mampu. Tetapi bersederhanalah jangan terlalu letak hantaran yang tinggi.
2. Acara batal air sembahyang
Upacara membatalkan air sembahyang tidak termasuk dalam hukum agama. Ia bukan di antara syarat-syarat atau rukun-rukun nikah dan tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan umat Islam zaman awal. Melakukannya atau tidak melakukannya tidak memberi apa-apa pengaruh kepada sah atau tidak pernikahan mahupun keberkatan hidup bersama selepas itu.
Upacara ini sebenarnya merupakan adat masyarakat tempatan sebagai kiasan bagi membolehkan atau menganjurkan pasangan suami isteri yang baru bernikah untuk bersalaman. Ini kerana sebelum bernikah, lelaki dan wanita tidak boleh bersentuhan, baik secara terus mahu pun berlapik. Pernikahan membolehkan, bahkan menghalalkan sentuhan tersebut.
Pun begitu, ada pula di kalangan pasangan baru bernikah yang malu-malu di antara satu sama lain sehingga enggan bersalaman. Maka di adakan upacara membatalkan air sembahyang sebagai satu kiasan bagi menganjurkan mereka bersalaman.
Pada waktu yang sama, ada pasangan yang langsung tidak malu sehingga berpelukan dan berciuman di hadapan juru nikah dan orang ramai. Tindakan ini sebenarnya tidak baik dan tidak mencerminkan sifat malu yang sepatutnya menjadi penghias bagi setiap muslim. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:Iman terdiri daripada tujuh puluh bahagian dan malu ialah salah satu daripada bahagian itu. [Shahih Muslim, no: 50/35] Dalam sebuah hadis yang lain baginda menekankan: Malu tidak akan datang melainkan dengan kebaikan. [Shahih Muslim, no: 53/35]
3. Sireh Junjung Juga Adat
Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang? Beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya dibuang begitu sahaja! Adalah jauh lebih baik rombongan pengantin lelaki membawa makanan atau buah-buahan sebagai hadiah kepada pihak pengantin perempuan.
4. Bersanding
Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar , beras kunyit yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.Ianya terpulang kepada kamu. Tujuan dan alasan. Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.
Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
5. Karaoke
Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
5. Karaoke
Sememangnya sekarang menjadi kemestian dalam majlis perkahwinan. Ianya bertujuan untuk hiburan.Lebih baik jika mahukan karaoke pastikan tidak menggangu dengan sound yang terlalu kuat. Tidak perlu ada joget lambak bercampur lelaki/ perempuan. Lebih elok jia di hiasi dengan zikir dan bacaan memberkati majlis.
Islam menyarankan majlis kenduri kahwin (walimah) hendaklah diadakan cara yang sederhana tetapi meriah. Tidak membebankan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Jika kurang berkemampuan adakan majlis yang sederhana sahaja dan perlu mengundang saudara mara yang terdekat , jiran tetangga dan sahabat-sahabat yang rapat sahaja. Tidak perlulah berhutang dan bergolok bergadai semata-mata untuk mencari kemegahan dan riak sedangkan cara seperti ini dilarang dan ditegah oleh agama.
3 Ulasan