Beberapa hari ini agak terkejut kerana dapat mesej yang bertalu-talu bertanya dengan pelbagai soalan berkaitan soal kewangan.
"Acikkan pernah kerja bank, mesti tahu cara nak selesai masalah ini, saya tak mampu bayar. Pinjaman peribadi ada 3 dan kredit kad ada 2, tunjukkan banyak tak mampu nak bayar !"
Ini antara luahan dari mereka, semakin ramai remaja sekarang yang namanya telah di senarai hitam.
Semakin ramai yang ambil pinjaman peribadi tanpa mempunyai kepentingan utama. Ada itu hanya untul beli gadget dan sebagainya. Satu lagi pengunaan kredit kad yang berlebihan sehingga telah capai limit dan akhirnya tidak dapat membayarnya.
Pastinya hari kamu dengan kebuntuaan dan memikirkan bagaimana untuk selesaikan hutang tersebut?
Saranan acik adalah ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Tapi perlu diingat, bagi mereka yang disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi, AKPK memang tak boleh nak buat apa dah.
Apa Yang AKPK Buat Sebenarnya?
AKPK tidak menyediakan pinjaman atau pembiayaan kewangan.
Program pengurusan kredit ini disediakan untuk semua individu yang memerlukan bantuan dalam mengurus bebanan kredit dengan institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, sekiranya.
Ianya membantu kamu untuk menguruskan perbelanjaan. Mengurangkan komitment sedia ada. Contohnya :
Katalah kita ada 5 kad kredit dan setiap kad kena bayar minimum payment RM300 untuk setiap kad, jadi 5 kad kredit kamu kena bayar total RM1500 lah kan untuk kesemua kad? AKPK akan bantu kita untuk jadikan bayaran RM1500 jadi lebih rendah. Contohnya dari RM1500 tadi kita hanya akan bayar RM600 untuk kesemua kredit kad tu.
Itu salah satu contohnya lebih lanjut pergi ke AKPK berdekatan dengan kamu ye.
2 Ulasan