Assalamualaikum
Ramai tertanya pada acik, bagaimana nak tengok bagaimana seseorang itu kita tahu dia jenis independent ?
Independent itu sebenarnya subjektif dan berlainanan setiap orang mengikut kelakukan dan cara hidup seseorang itu. Jadi acik buatlah sedikit pemerhatian terhadap kenalan perempuan mahupun keluarga sendiri. Acik banyak bertanya dan berbincang dengan mereka untuk mendapatkan respon dari pertanyaan di atas.
Sebab acik buat kebanyakan lelaki sukakan perempuan yang berdikari (independent) untuk di jadikan pujaan hati.Jadi dari hasil pemerhatian tersebut dapat di sertakan beberapa senarai yang perlu kamu ketahui ciri-ciri perempuan yang Independent.Antaranya :
1.Kamu boleh Pergi Makan Sorang Diri
Kemana mesti nak berteman, nak makan mestikan perlukan seseorang makan bersama. Tak kira kawan, teman lelaki dan tunang. Ada tu sanggup tak nak makan sebab tak ada teman untuk makan. Paling kelakar setiap kali nak pergi makan mesti whatsapp semua rakan yang ada. Bila kamu rasa yakin dengan diri, hilang rasa malu dan cakap-cakap orang dan pergi makan sendiri dengan selamba itu tanda kamu mengorak satu langkah ke arah kematangan dari soal emosi.
2.Kamu boleh pergi Shopping Sendiri
Perempuan dan shopping tak dapat di pisahkan. Terutama window shopping bersama dengan rakan yang rapat. Pernah pergi shopping sorang diri dengan rileks membeli dan berjalan-jalan seorang di shopping mall.
3. Boleh Travel Seorang Diri
Acik sangat kagum dengan perempuan yang dapat berdikari dengan kemana sahaja dia dapat kemana sahaja tanpa merungut dan mengeluh dan emosi Ada sorang kawan acik memang acik salute dengannya dari Seremban ke KL ulang alik setiap hari untuk bekerja. Memang superb independent women !
4. Boleh tengok wayang sorang diri
Pernah tengok wayang seorang diri ?
Kalau kamu dapat pergi tengok wayang seorang diri tanpa diri loser kamu memang seorang orang yang superb. Tak semestinya tengok wayang sorang diri itu Mrs or Mr lonely tapi awesome !!
4 di atas ini adalah pekara yang sukar untuk di lakukan. Bila kamu dapat lakukan memang kamu seorang wanita yang hebat dan berdikari. Kena ingat perempuan sekarang kamu kena berdikari dari sekarang sebabnya berdasarkan pengalaman orang di sekeliling ada yang di tinggalkan suami, bercerai berai dan duduk di tempat asing sebagainya. Acik nak kamu semua kena kuat dan bangkit dari kisah yang lepas. Bangkit dari rasa sakit dan berkelana dengan pendirian yang teguh.
Allah selalu ada dengan kita, kita kena kuat setiap kali ujian yang hadir bukan hanya untuk diri kita tetapi untuk orang di sekeliling kita. Okey !
14 Ulasan
P.S = Sometimes being lonely can heal our heart no matter what happen. :)