Ticker

6/recent/ticker-posts

Doa Agar Dapat Mempermudahkan Membayar Hutang


Assalamualaikum

Acik !! aku tengah marah nie !

Kenapa Fiq ?

Kau tahu dia hutang aku, masa nak hutang lembut gusi dari gigi .Sekarang dah 3 bulan,menyepi, aku call tak angkat mesej tak balas.Jumpa dia , dia marah aku , katanya aku tahulah nak bayar hutang.

Kita sebagai orang orang Islam adalah diwajibkan membayar hutang kerana ianya urusan kita dan manusia lain. Sekiranya kita meninggal dunia sebelum sempat melunaskan hutang, dikhabarkan roh kita akan tergantung diantara langit dan bumi sehingga hari kiamat.


Oleh itu marilah kita bersama – sama berdoa kepada Allah agar dijauhkan segala azab dan dapat melunaskan hutang kita dan membebaskan diri dari kemiskinan.
pada Allah agar dijauhkan segala azab dan dapat melunaskan hutang kita dan membebaskan diri dari kemiskinan

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

(Allahummak fini bihalalika ‘an haramika, waghnini bifadhlika ‘amman siwaka).
“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu”.
Kisah di sebalik doa ini :
Menurut sebuah riwayat dari al-Imam al-Tirmizi , seorang lelaki bertaraf hamba telah datang berjumpa dengan Sayyidina Ali ra meminta agar ditunjukkan jalan membolehkannya hidup merdeka dan bebas.
Sayyidina Ali memberitahunya jika kamu bermal dengan doa yang pertama di atas , engkau akan dapat membayar hutangmu walaupun jika sebesar gunung

Catat Ulasan

4 Ulasan

paridah berkata…
SETIAP HUTANG MESTI DIJELASKAN AGAR MEMUDAHKAN URUSAN KITA DI DUNIA N AKHIRAT...
salam !
Terima kasih atas perkongsian ..
Eintan Nurfuzie berkata…
hutang wajib dibayar..
Umialya berkata…
Sayapun ada beberapa org rakan yang berhutang & bila sampai masa, mereka senyap jer..

Positifkan minda & bila fikirkan memasing punyai pendapatan jauh lebih kecil & family ramai, saya abaikan..

Jauh disudut hati, jika mereka mampu bayar, alhamdulillah, saya terima tapi jika tidak, saya halalkan, mungkin dgn cara ini, secara tidak langsung, saya membantu mereka di dalam kesusahan.

Untuk menagih hutang, tidak sesekali.

Saya tidak ingin putus kenalan disebabkan ini.