Ticker

6/recent/ticker-posts

Review Blog Izzati Suhaide : Motivasi Dari Hati !


Assalamualaikum

Allah mencipta wanita seindah kejadian menjadi perhiasan terindah di muka bumi Allah ini. Di beri kelebihan dan kekurangan agar di lengkapi seseorang selayaknya.Haha masuk blog zatie buatkan acik bermadah.

Pernah baca blog Izzati Suhaide ini ?

Mungkin ramai yang masih belum kenali blogger berbakat ini. Menulis di blog sejak tahun 2010 dan masih teruskan karyanya sehingga ke hari ini.Mari baca bedahan acik terhadap blog zatie !

Template dan Susur Atur

Bagi acik template zatie simple tapi kemas di hiasi dengan warna yang sedap untuk di buka dan di baca. Header atas itu okey tapi kali okey jika di gabungkan dengan gambar zatie . Acik suka susun atur blog zatie yang kemas dan tidak serabut dengan pelbagai widget.

Penulisan

Kekuatan blog zatie adalah penulisannya yang hebat. Bila baca entrinya rasa nak godeh ke entri-entri yang lain. Olahan dia sangat baik dan penggunaan ayat yang tersusun.

Penambahbaikkan dari segi penulisan, lebihkan bersantai dan bila taip itu cuma mainkan emosi seolah kita bercerita dengan orang lain. Pasti lagi awesome.

Entri Terbaik Di Blog Zatie

Seringkali kita menyebut cinta,namun kita tidakkan mampu menafsirnya dengan hanya satu maksud. Cinta adalah sesuatu yang sangat luas maknanya dan selalu kita menafsirkan cinta itu ekslusif tertakluk kepada hanya satu orang.
Alangkah rugi dan tertipunya kita bila kita menafsirkan begitu, sedangkan cinta itu amat indah jika kita memahami. Cinta yang ekslusif dan paling hakiki, adalah cinta kepada Allah dan Rasulnya sahaja. Satu posisi yang tidak boleh diganti dengan suatu apapun.
dah terbuailah tu, sambungan di entri sebahgian dari hakikat cinta.

Entri penuh perasaan adalah ;

Zati dah tak tahu sama ada zati kuat ke tak. Cekal ke tidak. Kadang-kadang rasa jugak goyah tu. Rasa jugak nak tumbang tu. Tapi bila ingat balik, jalan ni yang zati pilih dan zati harus habiskan sampai ke penghujungnya walaupun terpaksa meredah gelora lautan api.


Baca seterusnya di : mampukah aku bertahan ? 


Pemilik masih single tau !!


Zatie asal dari Tahan Merah, Kelantan. Abe wei yang bujang - bujang meh berkenalan dengannya dan ikuti laman sosial di :



Nama blog: Izzati Suhaide
Url: izatie91.blogspot.com
Ig personal: www.instagram.com/zatiesuhaide
Ig bisnes: www.instagram.com/iz_hijabist
Fb page: coretan izzati suhaide
                : IZ Hijabist


Fb personal: Izzati Suhaide

Ciri tambahan seorang yang penyayang , suka pada kucing dan pandai memasak.

Zatie mula berjinak-jinak dengan perniagaan. Jom usha jubah yang menarik di  : 


Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist menyediakan perkhidmatan jualan baju untuk para wanita secara online. Busana yang disediakan pastinya menepati citarasa terkini bagi anda yang sering tampil dengan imej muslimah. 

Last sekali !

Allah ciptakan kita, dia juga yang hadirkan segala ujian untuk kita. Semua masalah yang ada hanya Dialah ada jalan penyelesaiannya. Mengadulah dengan Allah.Dia selalu ada dengan kita. 



Catat Ulasan

13 Ulasan

Izzati Suhaide berkata…
baiklah acik..nanti kite letak gambar ehhh kat header...hihihi..tenkiuu acik..terharu baca entry acik ni.. ;)
ummul azkee berkata…
wewitt zatie famous la lepas ni..hehe..good luck zatie
sitirohaida berkata…
tak ingat pernah masuk ke tidak blog dia...ok..terjah sekarang
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Wah siap review lagi tuu..untunglaa kak jatie kita hehehe..revieq yang menarik
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Wah siap review lagi tuu..untunglaa kak jatie kita hehehe..revieq yang menarik
Unknown berkata…
Bab madah-madah tu memang tak leh lawan la.. Respect kat zatie.. :) Semoga zatie dapat teruskan dan berjaya jadi blogger yang dihormati satu hari nanti.. aamiin..
Cik Nor berkata…
amboi acik..kemain..hihi.good job:)
paridah berkata…
cantik manis pemilik blog ni dgn karya2nya yg berbakat. boleh cuba terjah nanti.
Papaglamz berkata…
Owhh ni la izzatie tu? Heheh
Fieza Sani berkata…
Oo..slalu nampak nama izzati suhaide kat media sosial..ni la orgnya..
Unknown berkata…
semoga bisa menjadi motivasi untuk yang lain :)