ehsan google |
Assalamualaikum
Alhamdulilah
masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini.Manfaatkan masa selagi ada untuk kita. Zaman moden kini
pelbagai ragam manusia yang kita jumpa.
Hal
remaja iaitu cinta menjadi keutamaan dalam mencari manisnya cinta tetapi apa yang di
harapkan hanyalah sia-sia. Kerana kecewa, sakit hati dan makan hati yang di
dapatkan. Hati hancur kerana di permainkan perasaan dan di sakiti kaum adam.
Sehingga
satu tahap, ada perempuan berkata "boleh katakan aku boleh hidup tanpa lelaki dalam hidupku".
Fitrah
manusia hidup berpasangan, begitu juga dengan alam saling berdamping , malam
bersama siang, bulan bersama bintang dan lelaki di pasangkan bersama perempuan.
Itu
fitrah kita, memang benar kamu di sakiti oleh seorang lelaki. Tetapi bukan
semua lelaki seperti itu, Kamu di uji bertemu dan berteman dengan lelaki yang
tidak baik.Itulah namanya ujian dan pengalaman mematangkan kamu dan
InshaAllah akan ada lelaki yang baik untuk kamu.
Wanita
yang di sakiti mula fikirkan keselesaan hidup bersendirian dan tidak perlukan
pasangan dalam hidup. Sampai ada yang kata aku boleh hidup tanpa lelaki di sisi.Cukuplah aku hidup dengan kerjaya aku. Kerana aku mampu menyara hidup aku
sendiri.
Pengalaman
yang lepas banyak mendatangkan kesan kepada mereka. Kerjaya mereka membuatkan
mereka selesa walaupun tiada lelaki di sisi.Kerana kalau ada mereka juga perlu
tanggung lelaki tersebut dan mereka mampu dari segi kewangan dan
material.
Mungkin
mulut mampu bertutur tetapi di lubuk hati yang dalam semestinya mereka
mendambakan lelaki yang baik.
Wahai
kaumku, marilah kita muhasabah diri dalam mentafsirkan cinta. Cinta itu bukan
sebagai modal untuk kita menyakiti dan mempermainkan mereka. Seharusnya menjadi
tanggung jawab kita untuk menjaga dan membela nasib mereka. Bukan merosakkan
,walaupun ada antara hawa yang juga pernah menyakiti hati kita tetapi jangan
kerana nila setitik rosak susu sebelangga membuatkan kita berdendam dan
menyakiti orang yang kita bersalah.Tanggungjawab kita sebagai lelaki besar.kita di amanahkan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini menjadi pemimpin
dalam keluarga. Jangan di persiakan amanah Allah.
Kita lihat pada fitrah kejadian manusia
memerlukan jodoh sebagai pelengkap. Terlalu banyak betulnya hukum berpasangan
yang Allah tentukan ini, jika kita teliti di setiap sudut kehidupan kita ini.
Perasaan kasih itu memerlukan seorang lagi individu sebagai jodoh untuk
mendapat 'sayang'nya. Begitu juga dengan perasaan mencintai dan dicintai sesama
jodoh, ataupun lebih dikenali dengan 'sense of belongings'.
Setiap manusia mempunyai fitrah semulajadi
dalam lubuk perasaaannya. untuk cari jodoh. Ada rasa cinta dalam cari
jodoh untuk dirinya yang ingin diberi pada seseorang, namun dalam masa yang
sama dirinya juga mendambakan perasaan 'cinta' itu daripada seseorang. Mustahil
manusia boleh merasai cinta bilamana dirinya keseorangan? Dan dia juga tidak
akan boleh untuk memberi cinta itu apabila dia keseorang melainkan setelah cari
jodoh.
Fitrah manusia memang begitu untuk cari
jodoh, memerlukan seseorang sebagai jodoh menjadi pasangan hidupnya. Ada teman ketika lara, ada teman untuk do ceritkan masalah, ada teman untuk beri semangat,ada teman gurau senda, merajuk dan sebgainya.Tiada
siapa di dunia ini yang mampu untuk bersendirian, sehinggakan jika kita lihat
ada orang yang sanggup mengorbankan jiwa dan raganya semata-mata demi jodoh dan
pasangannya.
Antara hikmah Allah swt kurniakan fitrah
manusia memerlukan pasangan cari jodoh ialah akan bertemu jodoh dan berlangsungnya perkahwinan dikalangan umat islam
maka, akan lahirlah ramai zuriat muslimin dan muslimat dan akan meramaikan umat
nabi saw.
Rasulullah SAW pernah menggambarkan
kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil
daripada cari jodoh dan perkahwinan yang berlangsung di kalangan umatnya. Sabda
Baginda SAW bermaksud: "Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan
melarang kami membujang. “
Larangan membujang itu baginda tekankan
dengan cukup keras dengan bersabda:
"Nikahilah wanita yang subur dan
penyayang,kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat
kelak." (Riwayat Ahmad)
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan
berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)."
(Surah Ad-Dzariyyat : Ayat 49)
Kita hayati kembali saat Nabi Adam a.s.
diciptakan tanpa jodohnya. Allah menjadikannya makhluk yang sempurna, tinggal
pula di syurga, yang penuh dan lengkap dengan segala bentuk kenikmatan dan
kemewahan. Sekiranya difikirkan dari segi logik, pasti saja Nabi Adam a.s. akan
merasa aman dan tenteram untuk meraih segalanya di sana tanpa sedikit pun
kekurangan, namun sampai suatu masa dan waktu dimana Allah s.w.t. taqdirkan
hatinya menjadi gelisah dan sunyi, dan merasa seakan-akan ada sesuatu yang
masih belum lengkap.
Di saat itu Allah Maha Mengetahui, Nabi Adam
a.s. memerlukan seseorang sebagai teman hidupnya, yang mana peristiwa ini
membawa kepada penciptaan Hawa, dari tulang rusuk Nabi Adam a.s. sendiri. Cuba
bayangkan itu perihalnya di syurga. Apatahlagi kita sebagai manusia biasa yang
di dunia ini. Dengan iman yang lemah sudah pastilah kita lebih lagi memerlukan
teman hidup dan tindakan cari jodoh.
Jadi selalulah berdoa dan memohon kepada
Allah semoga bertemu dengan jodoh yang baik. Jika jumpa orang yang salah ianya
adalah ujian. Bertabahlah dalam pencarian tersebut. InshaAllah akan ada.Jodoh
itu rahsia Allah yang tersimpan di rapi untuk kita.
12 Ulasan
Nice entry, Jalan jalan sekali tersempai dekat sini *Click Follow* :)