Ticker

6/recent/ticker-posts

Wanita Zaman Sekarang Boleh Hidup Tanpa Lelaki ?

ehsan google

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini.Manfaatkan masa selagi ada untuk kita. Zaman moden kini pelbagai ragam manusia yang kita jumpa.

Hal remaja iaitu cinta menjadi keutamaan dalam mencari manisnya cinta tetapi apa yang di harapkan hanyalah sia-sia. Kerana kecewa, sakit hati dan makan hati yang di dapatkan. Hati hancur kerana di permainkan perasaan dan di sakiti kaum adam.

Sehingga satu tahap, ada perempuan berkata "boleh katakan aku boleh hidup tanpa lelaki dalam hidupku".

Fitrah manusia hidup berpasangan, begitu juga dengan alam saling berdamping , malam bersama siang, bulan bersama bintang dan lelaki di pasangkan bersama perempuan.

Itu fitrah kita, memang benar kamu di sakiti oleh seorang lelaki. Tetapi bukan semua lelaki seperti itu, Kamu di uji bertemu dan berteman dengan lelaki yang tidak baik.Itulah namanya ujian dan pengalaman mematangkan kamu dan  InshaAllah akan ada lelaki yang baik untuk kamu.

Wanita yang di sakiti mula fikirkan keselesaan hidup bersendirian dan tidak perlukan pasangan dalam hidup. Sampai ada yang kata aku boleh hidup tanpa lelaki di sisi.Cukuplah aku hidup dengan kerjaya aku. Kerana aku mampu menyara hidup aku sendiri.

Pengalaman yang lepas banyak mendatangkan kesan kepada mereka. Kerjaya mereka membuatkan mereka selesa walaupun tiada lelaki di sisi.Kerana kalau ada mereka juga perlu tanggung lelaki tersebut dan mereka mampu dari segi kewangan dan material. 

Mungkin mulut mampu bertutur tetapi di lubuk hati yang dalam semestinya mereka mendambakan lelaki yang baik. 

Wahai kaumku, marilah kita muhasabah diri dalam mentafsirkan cinta. Cinta itu bukan sebagai modal untuk kita menyakiti dan mempermainkan mereka. Seharusnya menjadi tanggung jawab kita untuk menjaga dan membela nasib mereka. Bukan merosakkan ,walaupun ada antara hawa yang juga pernah menyakiti hati kita tetapi jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangga membuatkan kita berdendam dan menyakiti orang yang kita bersalah.Tanggungjawab kita sebagai lelaki besar.kita di amanahkan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini menjadi pemimpin dalam keluarga. Jangan di persiakan amanah Allah. 
Kita lihat pada fitrah kejadian manusia memerlukan jodoh sebagai pelengkap. Terlalu banyak betulnya hukum berpasangan yang Allah tentukan ini, jika kita teliti di setiap sudut kehidupan kita ini. Perasaan kasih itu memerlukan seorang lagi individu sebagai jodoh untuk mendapat 'sayang'nya. Begitu juga dengan perasaan mencintai dan dicintai sesama jodoh, ataupun lebih dikenali dengan 'sense of belongings'.

Setiap manusia mempunyai fitrah semulajadi dalam lubuk perasaaannya. untuk cari jodoh.  Ada rasa cinta dalam cari jodoh untuk dirinya yang ingin diberi pada seseorang, namun dalam masa yang sama dirinya juga mendambakan perasaan 'cinta' itu daripada seseorang. Mustahil manusia boleh merasai cinta bilamana dirinya keseorangan? Dan dia juga tidak akan boleh untuk memberi cinta itu apabila dia keseorang melainkan setelah cari jodoh.

Fitrah manusia memang begitu untuk cari jodoh, memerlukan seseorang sebagai jodoh menjadi pasangan hidupnya. Ada teman ketika lara, ada teman untuk do ceritkan masalah, ada teman untuk beri semangat,ada teman gurau senda, merajuk dan sebgainya.Tiada siapa di dunia ini yang mampu untuk bersendirian, sehinggakan jika kita lihat ada orang yang sanggup mengorbankan jiwa dan raganya semata-mata demi jodoh dan pasangannya.

Antara hikmah Allah swt kurniakan fitrah manusia memerlukan pasangan cari jodoh ialah akan bertemu jodoh dan berlangsungnya perkahwinan dikalangan umat islam maka, akan lahirlah ramai zuriat muslimin dan muslimat dan akan meramaikan umat nabi saw.

Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil daripada cari jodoh dan perkahwinan yang berlangsung di kalangan umatnya. Sabda Baginda SAW bermaksud: "Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. “

Larangan membujang itu baginda tekankan dengan cukup keras dengan bersabda:

"Nikahilah wanita yang subur dan penyayang,kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak." (Riwayat Ahmad)
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)."

(Surah Ad-Dzariyyat : Ayat 49)

Kita hayati kembali saat Nabi Adam a.s. diciptakan tanpa jodohnya. Allah menjadikannya makhluk yang sempurna, tinggal pula di syurga, yang penuh dan lengkap dengan segala bentuk kenikmatan dan kemewahan. Sekiranya difikirkan dari segi logik, pasti saja Nabi Adam a.s. akan merasa aman dan tenteram untuk meraih segalanya di sana tanpa sedikit pun kekurangan, namun sampai suatu masa dan waktu dimana Allah s.w.t. taqdirkan hatinya menjadi gelisah dan sunyi, dan merasa seakan-akan ada sesuatu yang masih belum lengkap.

Di saat itu Allah Maha Mengetahui, Nabi Adam a.s. memerlukan seseorang sebagai teman hidupnya, yang mana peristiwa ini membawa kepada penciptaan Hawa, dari tulang rusuk Nabi Adam a.s. sendiri. Cuba bayangkan itu perihalnya di syurga. Apatahlagi kita sebagai manusia biasa yang di dunia ini. Dengan iman yang lemah sudah pastilah kita lebih lagi memerlukan teman hidup dan tindakan cari jodoh.

Jadi selalulah berdoa dan memohon kepada Allah semoga bertemu dengan jodoh yang baik. Jika jumpa orang yang salah ianya adalah ujian. Bertabahlah dalam pencarian tersebut. InshaAllah akan ada.Jodoh itu rahsia Allah yang tersimpan di rapi untuk kita. 



Catat Ulasan

12 Ulasan

PeRdU cINta berkata…
nice sharing acik..seeloknya wahai wanita jaganlah cakap boleh hidup tanpa lelaki..kerana ayah adalah lelaki..lelaki pertama yang menyara kehidupan kita..di dunia ber binti kan ayah yang merupakan seorang lelaki..hati kita Allah yang jaga..mungkin hari ini kita berkata begitu kerana cukup segala..namun bila Allah balikkan hati kita..bagaimana untuk kita undur kata..
Anil berkata…
dalam dunia ni.. kita saling memerlukan... lelaki perlukan perempuan.. begitu juga sebaliknya... ^_^
paridah berkata…
MENJADI KHALIFAH ALLAH TIDAK SEMUDAH YG DIJANGKAKAN...SBG KHALIFAH LELAKI PERLULAH MENCONTOHI SIFAT TERPUJI RASULLULLAH SAW YANG AMAT KASIH DAN SYG KPD ISTERI2 BAGINDA...JIKALAU KHALIFAH YANG DIHARAPKAN MENJADI TEMPAT PERGANTUNGAN HIDUP ITU TERLALU BANYAK KEKURANGAN YG DIPERLIHATKAN TIDAK SALAH MENOLAKNYA JUSTERU MENZALIMI DIRI SENDIRI ITU BERDOSA HUKUMNYA...SALAM LEBARAN ACIK MAAF ZAHIR BATIN.
Inani Hazwani berkata…
setujuu dengan acik :)
ummul azkee berkata…
nice entry...sgt setuju!..jgn berputus asa..
Jari Manis berkata…
Jika belum ada jodoh boleh je hidup tanpa lelaki penatnya semua nya kita perlu urusakan sendiri..jika ada jodoh alhamdulillah...dapat pahala berganda. Percaya kepada Qado dan Qodar..yang penting perlu berusaha..kalau acik dh jumpa jodoh jgn lupa jemput kami :-)
Assalamualaikum,
Nice entry, Jalan jalan sekali tersempai dekat sini *Click Follow* :)
Suria Amanda berkata…
Nice sharing Achik..akak pun percaya pada Qada dan Qadar..akak x membenci lelaki walau pernah kecewa dalam berumahtangga..akak anggap itu dugaan akak sebagai manusia biasa..usaha ke arah mencari jodoh itu penting sebab jodoh x kan datang akalu kita duduk diam kan...alhamdulillah akak kini tunangan orang...mencari masa yang sesuai untuk disatukan..
Sheila Adziz berkata…
jodoh pertemuan ajal rezeki Allah yg tentukan... InsyaaAllah kita buat terbaik, Dia tentukan yg terbaik... Acik banyakkan doa... Allah suka org yg merayu kpdNya...
Unknown berkata…
Acik kalau dah jumpe jodoh jangan lupa jemput kami hihi.
Unknown berkata…
sudah 3kali dalam percintaan dikecewakan dengan ketiga-tiga lelaki.. yg terakhir adalah yg paling menyakitkan.. cukuplah sekadar itu.. cukuplah kebahagiaan yang disulami dengan penipuan ini.. cukuplah ada kedua ibu bapa yg mendampingi.. janganlah ada lelaki lg yg hadir dlm hidup ini.. tersangat serik.. sakit yg sukar digambarkan.. Allah maha mengetahui segalanya.. hanya Allah dapat merasakan kekecewaan ini
Unknown berkata…
Inshaallah terbaik..