Ticker

6/recent/ticker-posts

Cepat Atau Lambat Jodoh Kita Tetap Sebagai Rahsia Istimewa Allah


Assalamulaikum

Teringat pula, semasa kami adakan camping family sunnah yang pernah acik hadiri. Di mana program itu di hadiri anak-anak dalam usia hingga 12-18 tahun.Kemudian acik di hampiri oleh seorang remaja perempuan.


Abang tolong bantu saya boleh ? kata remaja tersebut.

InshaAllah dik, abang bantu termampu. Apa yang boleh abang bantu ?

Abang boleh bantu saya, saya terlalu takut ,takut saya tak dapat jodoh. Saya takut saya tak kawin. Hidup saya puas di hina oleh orang sekeliling. Orang sekeliling selalu kata saya pembawa bala sebab saya penyebab mak mati.Mak pergi masa melahirkan saya.

Allahuakbar adik, buang jauh-jauh prasangka buruk pada Allah. Itu takdir Allah untuk kita,jodoh, rezeki , pertemuan dan ajal itu adalah aturan Allah. Kita sebagai pemeran melaksanakan segalanya. Mak kamu meninggal sebab sudah tiba ajalnya dan kamu hanya sebagai asbab. 

Letakkan tangan kamu di dada , katakanlah : 

Ma fi qalbi ghairullah ( tiada lain di hatiku selain Allah )

Yakinlah dengan Allah. Jodoh itu rahsia Allah untuk kita, dia telah tetapkan untuk kita . Cuma cepat atau lambat sahaja. Maka dekatkan diri kepada Allah. Allah Maha Mendengar, pasti dia dengar doa-doa kita.Sedangkan permintaan syaitan Allah tunaikan apalagi kita hambanya.

Paling penting yakin hati kita untuk percaya dengan Allah. Adik masih muda lagi, Allah sayang adik sebab itu Allah gerakkan adik untuk datang ke majlis ilmu.

Jika tiba-tiba seperti terasa semacam ada 'aura negatif' atau 'nasib malang' melingkunginya & kehidupannya sehingga menggangu emo etc, SEGERALAH menjauhi perasaan itu dan amalkan apa yang diajar oleh baginda Rasulullah dan berserah diri kepada Allah dengan membaca doa ini :

اَللَّهُمَّ لاَ يَأْتِى بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ يَدْفَعُ السَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِك .

Ya Allah, tiada yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang dapat menolak keburukan kecuali Engkau, dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Engkau. (Riwayat  Abu Daud )

Ok dik ?

Dia hanya diam dia diri, secara tiba-tiba air matanya keluar. Allhurabbi, Allah sayang dia.Dia insan terpilih untuk dekatkan diri pada Allah. 


Catat Ulasan

4 Ulasan

usryabdullah berkata…
Jodoh pertemuan, ajal maut, rezki dan tanah perkuburan tu di tangan Allah. . Setiap orang telah ditulis akan jodohnya. Jika tak ada di dunia ini, di akhirat pasti akan ada juga pasangannya.
2) Berkenaan sial dan tuah. Ini lagi satu kepercayaan karut. Tidak ada tuah atau sial,sebaliknya kejayaan dan kegagalan tu bergantung kepada berapa banyak usaha kita dan bagian mana kita merancang sebelum bertindak.
sekian dari saya
http//:usryabdullah.blogspot.com
Farah Dafri berkata…
hm mcm drama pula kan, still ada beberapa golongan berfikiran kolot nak hina2 atau lemparkan tuduhan mcm 'bawa bala' 'bawa sial' semua ni. ingtkn dah makin moden makin matang.
fyna ahmad berkata…
Apa pun berpegang pada kata-kata, "Jodoh dan ajal ditentukan oleh Allah."

Setiap corak kehidupan kita telah ditentukan. Dan Allah akan merencanakan yang terbaik untuk umatNya.
Nina Mirza berkata…
Ya, rahsia Allah tak siapa.pun tahu.... Yang pasti ianya yang terbaik untuk kita
Syukur Alhamdulillah...