Assalamualaikum
Hari ini seperti hari biasa, aku hantar mak pergi klinik. Awal pagi dah keluar, memang mak kalau nak kemana sahaja siap 1 jam awal. Lama kelamaan makin ramai orang datang, kebanyakan seusia mak aku.Menunggu mak aku mendapat rawatan, aku ramahkan diri untuk bertegur sapa dengan pak cik-pak cik yang ada di situ. Pelbagai cerita yang do kongsikan.
Perbualan kami berterusan, mereka cerita pasal anak dan kehidupan mereka. Tiba-tiba seorang pak cik itu mendiamkan diri, aku lihat sendiri ada kaca-kaca air mata cuba di tahan mengalir.
Wan Man kenapa ini ?
Lama dia membisukan diri dan dia teruskan kata-katanya :
Aku ayah yang gagal ! aku ayah yang gagal. Aku sudah cuba yang terbaik, beri didikan agama.Mungkin ini kafarah atas dosa-dosa aku yang pernah aku buat pada mak bapak aku. Aku dulu degil, suka buat mak aku kecewa dengan tindakan aku. Agaknya inilah balasan Allah bagi, biar aku rasa apa yang mak bapak aku rasa. Anak-anak semua tak mahu dengar cakap. Sorang jadi banduan, sorang penagih dadah. Entahlah.
Bila dengar dengusan wak man tadi, Pak tam cuba bagi nasihat :
Allah tak zalim dengan kita man.Cuma Allah nak beri kita peringatan untuk kita. Anak itu juga ujian untuk kita. Kita lebih kenal mereka, bantulah mereka. Bantu melalui doa kau. Doa seorang ayah itu sangat ekslusif, sabarlah man.
Wak Man : Memang aku dah sabar,tapi kau tahu sendiri anak-anak aku semua bermasalah. Aku dah tua ! Habis tanah aku di jual, balik tak pernah sekali. Hutang mereka semua aku kena bayar.Apalah nasib aku.Aku tak minta duit mereka, cuma aku nak bila aku tiada ada anak-anak yang selalu mendoakan aku, bacakan yassin untuk aku.
Aku hanya mampu diamkan diri, luahan seorang ayah yang pertama kali ku dengar. Tak sanggup aku lihat tangisan seorang ayah.
Mungkin ada antara kita mungkin masih susah dalam melayari bahtera kehidupan kita. Tetapi sesusah manapun kita cubalah bahagia mereka ibu bapa kita.
Mereka tak minta duit dan harta kita .Tetapi apa yang mereka perlu adalah kasih sayang dan doa kita. Cukuplah kita tak susahkan mereka.
Acik ceritakan ini untuk beritahu berapa pentingnya mencari keberkatan dalam hidup kita terutama keberkatan mak ayah kita. Jika ingin buat apa-apa fikirkan mereka. Jangan buatkan mak ayah kita berkecil hati dan menangis sebab kita.
Bila mak ayah kita memberkati dengan apa yang kita buat. Walaupun kita kerja biasa tetapi rezeki itu ada, hidup kita tetap bahagia maksudnya tidak sempit.
Tak sempit untuk hidup kita. Carilah keberkatan hidupmu baru kau tahu betapa indahnya. Semoga Allah permudahkan urusan kamu semua.
2 Ulasan
Bagaimana mudahnya menjemput rezeki?
Kami suami isteri memanglah tak mewah kehidupan kami. Tapi Alhamdulillah, berkat agaknya disebabkan suami akak selalu tak berkira mandikan ayahnya yang lumpuh, Syukur sangat, wang perbelanjaan kami untuk anak² kami seramai 5 orang, tak pernah putus.
Wang gaji kami sentiasa cukup. Malahan, ada sahaja lagi berbaki untuk digunakan lagi sebelum gaji bulan hadapannya. Bisnes akak pun Syukur Alhamdulillah, berjalan lancar walau disaat ramai yang mengeluh sale kurang.
Berbakti dan menggembirakan ayah, merupakan salah 1 perkara yang dapat melancarkan perjalanan kewangan kami suami isteri. Alhamdulillah...