Hidup ini satu pertualang yang panjang mengikut garis hidup yang seseorang. Ada yang umurnya di panjangkan dan ada pula masih muda mengadap ilahi.Begitu juga jodoh, ada berpanjangan dan ada juga di pisahkan kematian.
Kedua-dua adalah rahsia Allah yang tersembunyi rapi dan penuh dengan kejutan. Jodoh kita dan tarikh kematian kita juga telah di tetapkan sewaktu kita dalam kandungan lagi.
Begitu sibuknya dan berusahanya kita dalam mencari jodoh. Sesibuk itu juga jika persiapan diri kita untuk beribah kepada Allah.
Kedua-duanya melibatkan air mata. Ada yang menangis kegembiraan semasa akad nikad dan ada air mata yang mengalir ketika imam membaca talkin.
Wahai hati-hati yang berada di zon selesa, adakah kau akan terus tetap berada di zon selesa ?
Membiarkan kau terus hanyut demi mencari cinta yang suci. Cinta yang di dambakan bagai menanti si putera dari Kayangan , menanti puteri jelita dari Langit ?
Seimbanglah, dunia kita penuh dengan aturan. Jika kau bersedia mencari cinta sejati, kau juga perlu bersedia untuk kematianmu.
Hidup kita tak lama di muka bumi ini, ada umurnya sehingga 60 tahun, 100 tahun dan ada juga umurnya hidup 9 tahun. Begitu juga jodoh, ada yang mampu bertahan 20 tahun , 40 tahun mahupun seminggu berkahwin
Semua aturanNya, dan hanya kita menjalani bagaimana dan penerimaan kita untuk setiap hal yang berlaku.
Acik menaip ini juga mengingatkan diri acik juga. Adakah aku bersedia untuk hadapi dengan hari kematianku sebagaimana aku bersedia untuk berkahwin.
Andai tiba saatnya acik pergi, jadikanlah penulisan di blog ini untuk panduan kita bersama. Bangkit dari kesedihan,kemurungan cinta yang tak pasti. Bangkitlah mencari cinta Allah.
Jodoh itu suatu kesamaran dan mati itu satu kepastian. Allhuakbar.
5 Ulasan
hanya Allah Swt je yg tahu,
kita sebg umatnya setia berdoa mohon yg terbaik