Assalamualaikum
Hidup kita ini tak lari dari sepi melihat kebahgiaan orang lain. Bila jumpa kawan-kawan sekolah semua dah ada anak. Soalan biasa , bila aku nak makan nasi minyak kau ?
Memang kita akan "stress" dengan pertanyaan-pertanyaan itu. Tapi kita kena kuatkan hati, berdoa dan berusaha. Bila tiba masa dan keadaan yang tepat inshaAllah kita temui jodoh kita.
Jodoh kadangkala macam kita cari parking. Pusing-pusing merata tempat. Tak jumpa, ada itu jauh sangat tak sesuai. Ada itu di kawasan yang berlopak sukarnya untuk lalui. Ada itu kita dah jumpa confident kita dapat rupanya kita di tipu bila dah dekat rupanya ada kereta kancil .Tertipu kita, tapi dengan kesabaran kita tetap teguhkan hati mencari rupanya ada parking kosong depan mata.
Hidup kita adalah satu perjalanan yang panjang. Ada juga perjalanan yang pendek. Ianya mengikut takdir kita.Seperti pemandu kereta tadi, kita jugalah menjadi pemandu untuk kehidupan kita. Untuk lebih baik atau untuk jalan berliku ?
Kitalah pembimbing diri kita untuk berjumpa dengan jodoh kita dalam keadaan yang bagaimana. Jika ingin jodoh yang baik, berusahalah untuk jadi baik. Kita berusaha ,selebihnya biar Allah yang uruskan.
Kadang kita bertemu dengan seseorang yang buat kita tersakiti ianya adalah ujian mendewasakan kita. Bila kita jumpa seseorang yang jaga agama dan akhlaknya maka jangan lepaskan dia.
Jodoh juga adalah cerminan diri kita, ianya juga adalah refleksi diri kita untuk kita saling melengkapi. Sebagaimana pencarian parking tadi, kita kena kuatkan hati kita, tepuklah dada, pujuklah dia. Bahawa Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita.
Jodohkan rahsia yang ekslusif Allah untuk kita. Bila kita dah bersedia ,Dia pasti temuikan kita dengan seseorang selayaknya untuk kita.Jika tidak di dunia, inshaAllah di sana nanti.
Kita pula jangan terlalu nak memilih si cantik dan si kacak sahaja tetapi ianya juga ujian untuk kita. Bilamana seseorang itu bila kita melihat dia sejuk hati kita dan tenang jiwa kita itu pun sudah memadai.
Kepada rakan dan keluarga bantulah dengan doa.Jangan jadikan dia bahan untuk di bicarakan tetapi untuk di permudahkan jodohnya.
Hai jodoh, Awak kat mana ?
2 Ulasan