Ticker

6/recent/ticker-posts

Kadang Jodoh Itu Tak Pada Orang Yang Jauh Tapi Di Sekeliling Kita



Assalamualaikum, jodoh itu hadir seringkali dalam keadaan tak di duga. Ada juga orang yang baru kita kenal 5 & 6 bulan kawin dan alhamdulilah bertahan. Tapi ada itu berkali-kali di sakiti, kita tetap pertahankan perhubungan tersebut. Kadang semuanya demi anak-anak.



Jodoh dengan kawan baik sendiri (berlainan gender) bagaimana ?


Kebiasannya mereka menolak , antara alasannya :

Nope, dia hanya kawan baik tak lebih dari tu,
Ehh, tak naklah aku dah tahu perangai buruk dia
Tak nak aku, aku tak nak rosakkan perhubungan.

Itulah kita kadang selalu persiakan orang yang selalu bagi semangat pada kita. Selalu ada dengan kita dan memaham kita.

Kita sibuk mencari orang yang jauh di afrika sana sedangkan di depan mata setia menunggu.

Dalam perhubungan kita perlukan kepercayaan dan persahabatan. Kerana jika ada masalah kita boleh bawa berbincang tak sebagai suami isteri tetapi sebagai sahabat.

Buka matamu luas-luas, lihatlah di sekelilingmu. Ada tak orang yang single, setia bersamamu. Pastinya berlainan jantina (Kamu lelaki, dia perempuan dan sebaliknya), setia mendengar ceritamu, bersama gelak tamu mu. Ada ?

Kalau ada jangan persiakan dia. Kadang jodoh itu tak pada orang yang jauh tetapi orang yang dekat.

Cuma perasaan itu di tutupi dengan nilai persahabatan. Kamu lelaki mulakan langkahmu. Allah selalu ada dengan orang yang ingin untuk kita jika niatkan kerana Allah.

Catat Ulasan

5 Ulasan

paridah berkata…
JODOH PERLU USAHA JUGA UTK DPTKANNYA...INSYA ALLAH.
adkdayah berkata…
takut erti persahabatan itu hilang hanya disebabkan luahan hati kita, tu jer..hurmm T_T
Terbaik. Betul tu. Macam akak, jodoh akak dengan suami akak yang rupanya sama tempat belajar. Berjumpanya, di pejabat. Dunia memang kecil. Hehe
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Cukup hanya dalam doa ku cuba katakan padaNya, izinkan Dia jadi suamiku. Kalau tidak, berikan dia bidadari akan bahagiakn dia. Berikan aku hti yang kuat untuk reda ats ketntuanMu. Jadikan hambaMu ini bidadari Dunia dan SyurgaMu. Amin. "jangan terima siapa aku akan datang, tlg terima aku dulu skrg dan akan datang" Alhamdulillah. Syukran ya rabb 🙆