gambar hiasan |
Assalamualaikum
Entah mengapa, hati ini tiba-tiba berkata sendiri, kenapalah aku boleh terserempak dengan dia.
Rupanya budak yang aku dukung tadi anak dia. Bagai dunia terhenti seketika, tergamam, kaku bagai nak pitam rasanya.
Melihat dia di depan mataku, dia pun terkejut juga. Mungkin siapa yang mengikuti kisahku di blog sudah tahu siapa dia. Dia pernah bertahta di hati suatu ketika dahulu.
Aku dah ihlaskan apa yang berlaku, walhal masa perkahwinan dia dan kawan baik aku,aku tetap memilih untuk pergi walaupun ketika itu bagaikan drama pukul 7 itu.
Memang sedih ketika melihat dia di atas pelamin bersama orang lain dan hampir 8 tahun berjanji setia akhirnya dia kawin dengan kawin baik aku sendiri.
Mula memang sedih tapi untuk apa berduka lama ?
Allah pinjamkan dia untuk sementara waktu untuk aku berkenal dengan dia. Pasti sekali aku sebagai pengantara untuk dia jumpa jodoh yang tepat.
Bila di fikirkan balik penuh dengan hikmah setelah apa yang berlaku.
1. Didik hati untuk belajar menerima
keputusan yang perit dalam hidup.
2. Mendewasakan diri dalam menangani ujian
3. Belajar dari kesilapan yang lepas
4. belajar mengawal emosi.
5. Jadi seorang pemaaf
Paling penting dapat mendekati Allah melalui perasaan yang ada. Allah sayang kita sebab itu dia taknak biarkan kita terleka dek kerana perasaan itu.
Serahkan keyakinan kita hanya pada Allah.
Percaya dengan segala ketentuan Allah. Dia tahu apa yang terbaik.
Selagi kita masih cuba bertahan semata-mata takut untuk melepaskan, selagi itu kebahagiaan sebenar tak akan kunjung tiba.
Hebatnya cara Allah aturkan jodoh, bercinta bertahun pun belum tentu jadi pasangan hidup. Ada yang kenal sehari, esok jadi suami isteri.
Ya rab, semoga mereka bahagia hingga ke jannahmu.
9 Ulasan
Bukan jodoh kita dengannya. Aturan dariNYA adalah yang terbaik buat kita.