Ticker

6/recent/ticker-posts

Kamu Sangat Beruntung Bila Bertemu Jodoh Lelaki Anak Emak



Assalamualaikum.Istilah anak emak sering di manipulasikan oleh pelbagai pihak untuk menunjukkan watak yang kurang di segani. Seolah anak emak ini jenis lelaki yang tak boleh hidup berdikari dan tak matang.Paling di takuti adalah melebihkan mak mengatasi segalanya.

Jika di lihat dari sudut negatif sememangnya nanti isteri terabai dan jiwa tertekan. 

Sedangkan hakikatnya kita memang anak emak kita. Yang melahirkan dan membesarkan kita sehingga kita berjaya sekarang. Tapi kenapa perlu jadi isu ?

Jaga mak atau ayah adalah tanggung jawab bagi anak lelaki sehingga hembusan nafas terakhir .Begitu juga bagi perempuan cuma keutamaannya adalah pada suami.

Kamu tahu tak sebenarnya untuk dapat lelaki anak emak .Kenapa ? sebabnya ?

1. Seorang yang penyabar & penyayang.

Anak mak semenangnya seorang yang penyabar lagi-lagi dengan permintaaan-permintaan yang sering di minta oleh maknya. Apa sahaja di minta di sedaya upaya akan cuba tunaikan. Jika dia sayang seseorang pasti dia akan sayang dengan tulus.

2. seorang yang manja & romantik

Sememangnya anak emak ini jenis yang manja. Cakapnya lebih sopan dan suka pekara yang romantik . Jangan terkejut dengan kejutan-kejutan yang akan si berikan.

3. Menghormati orang tua.

Dengan mak ayah tentu sekali dia hormati, pastinya dengan mak ayah kamu juga akan di hormati dan di kasihi seperti ibu bapanya sendiri. 

4. Tentu mak jadi rujukan pertama

Dia rapat dengan mak, pastinya segala hal dia jadikan mak rujukan tentang apa sahaja. Jika kamu pandai ambil peluang dengan berbuat baik pada maknya. Pasti jadi menantu kesayangan.

5. Pandai menjaga hati wanita.

Sebagaimana dia tak mahu lihat mak dia sedih. Sebagaimana itu dia akan sayang kamu juga. Dia akan cuba sedaya upaya buat kamu bahagia.

Ok tak ? 

Kalau ada pendapat lagi boleh cadangkan di kotak komen. Tetapi kena ingat anak emak ini semestinya akan lebihkan maknya. 



Jangan risau, sebagai isteri kamu perlu faham tanggungjawab anak lelaki. Keutamaan mereka lebih kepada keluarga. Seharusnya kamu bersama denganya dalam menjaga sama ada ibu bapa dia dan ibu bapa kamu.

Jadi kepada anak emak sekalian. Hargailah isterimu sebagaimana kasih pada emakmu. Jangan ada jurang agar mereka dapat kasih sayang yang di perlukan.


Catat Ulasan

5 Ulasan

Azlinda berkata…
Alfatihah utk arwah mak mertua..kalau masih ada..akk rela asben lebihkan maknya dr akk. Dah tanggungjawabnya
Azlinda berkata…
Alfatihah utk arwah mak mertua..kalau masih ada..akk rela asben lebihkan maknya dr akk. Dah tanggungjawabnya
ShidaOmey berkata…
betul tu...saya sokong :)
Saya ok berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Saya ok berkata…
Tp cmne pulak dpt mertua yg cemburu dgn menantu sendiri dan hasut anak tuk benci menantu..sy xbÄ·nn cmni.