Ticker

6/recent/ticker-posts

Kehilangan Itu Bukan Melemahkan, Tapi Menjadikan Kita Lebih Baik!

ehsan google 

Assalamualaikum

Setiap hari acik akan dapat banyak email dan mesej di facebook yang menceritakan masalah mereka. Ada yang beritahu mereka seolah tak boleh hidup tanpa orang mereka sayangi. Ada juga sanggup untuk membunuh diri kerana dia curang dan tinggalkan dia dan ada juga berubah arah melawan fitrah manusia.

Kita manusia sangat mudah tersentuh sangat bila di cuit dengan ujian dariNya dalam soal hati. Kadang kala sehingga kita sanggup hilang segalanya janji jangan kita hilangnya orang yang kita cintai. Ceteknya pemikiran kita kerana terbuai lamunan cinta seseorang insan. 

Mungkin kata-kata tidak cukup untuk melumpuhnya kebalnya ego kita, degilnya kita. Acik tahu dan acik pernah merasainya. Sedangkan perkenalanan kami itu hampir 8 tahun ,setiap hari berhubung,tahu apa yang di suka dan tak suka sehingga kami punya keserasian.  Tapi apakah cukup hanya 8 tahun itu untuk membuktikan kita cukup mengenali dia dan pastinya dia akan jadi milik kita ? 

Jawapannya tentu tidak..

Kerana dia milik Allah dan telah di tetapkan jodohnya Oleh Allah. Kita bertemu dengan dia sebagai persinggahan untuk kita kenal erti kasih sayang dan erti perpisahan sebenarnya untuk kita lebih bersedia di masa akan datang. 

Takdir Allah mengatasi sengalanya kami terpisah, ketika itu hati kosong, di penuhi dengan lubang-lubang yang sepi tanya ada yang mengisinya. Otak bagaikan hilang pedoman , hati ini hancur kerana dia pergi untuk seseorang demi cinta lain. 

Kau kena bangkit lawan kembali, jadikan kenangan itu sebagai penguat untuk kau bangkit.

Tepuklah dada dan yakinkan padanya :

"Ya rabb, kuatkan hati ini dari segala kekecewaan, kuatkan dia dan berikan semangat kepadanya bahawa walaupun dia tiada di sisi. Aku tidak mahu kembali kepada aku yang dulu. Kalau aku kembali kepada diri aku yang dulu, maknanya aku telah tewas. Allah akan murka terhadap aku dan hamba Allah yang membantu aku berubah itu pun pasti sedih..“.

Positif diri dengan apa yang terjadi.

Bahawa Allah temukan aku dengan dia bersebab. Rasa sakit itu sementara tetapi hikmahnya itu penuh dengan kebaikan. Ianya buatkan aku lebih mengerti dirilku dan mendekatkan diriku pada Allah.

Allah nak kita berubah, menjaga hati agar tidak mudah untuk memberi pada seseorang itu. Dalam buat segala keputusan meminta kepadanya serta untuk lebih cekal hati dengan ujian yang melanda.

Aku belajar sesuatu, bila kita hilang seseorang, ia bukan mengajar kita erti lemah atau kecewa.Tapi ia mengajar kita kuat.Kuat untuk menghadapi kehilangan itu. andai kita lemah dan terlalu melayankan sangat perasaan kehilangan itu, kita akan jatuh tersungkur.Tapi andai kita belajar dari kesilapan yang lalu dan muhasabah diri sendiri, in shaa Allah Allah akan membantu kita merawat hati kita. 
Ramai yang tanya acik, ada ubatkan untuk putus cinta, patah hati  ? 
Tentulah adalah kerana Allah yang ciptakan rasa sakit hati dan kecewa itu, dan Dia juga lah yang akan bantu kita selesaikan semua permasalahan itu, in shaa Allah”.
Maka dekatkan diri kepadanya dan berdoalah padanya. Doakan kekuatan kita sebagai seorang muslim. Insha Allah Dia akan temukan kita dengan seseorang yang selayaknya untuk kita pada masa dan keadaan yang tepat. Carilah cinta Allah dahulu. 
Daripada Rasulullah S.A.W: “Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada kita.”
Doa itu senjata terampuh seorang muslim.
Hingga ke hari ini namanya masih terselit dalam doaku, begitu juga dengan bekas tunang aku, moga kami sama-sama dipertemukan dengan jodoh yang makin mendekatkan kami denganNya.Percayalah, saat kau kehilangan adalah saat kau akan memperoleh sesuatu yang lebih berharga.
Dengan redha, segala-galanya pasti akan menjadi lebih indah.



Catat Ulasan

4 Ulasan

paridah berkata…
TAWAKAL DAN PASRAH REDA KPDNYA...
fyna ahmad berkata…
Betul tue acik. Fyna pun pernah melaluinya. Cuma fyna fikir. Allah telah rancangkan yang terbaik untuk fyna. Alhamdulillah. Fyna bersyukur dengan ketentuan Allah skrg.
Unknown berkata…
betul acik. kehilangan lagi menguatkan kita, tapi za pernah merasa kehilangan, tp masa tu za alpa, now bersyukur, kehilangan orang yg kita cinta di dunia sekalipun tidak berasa sakit jika kita kehilangan harta dunia akhirat iaitu ibu ayah, alhamdulillah now i'm chill and happy with famili..