ehsan google |
Assalamualaikum
Setiap
hari acik akan dapat banyak email dan mesej di facebook yang menceritakan
masalah mereka. Ada yang beritahu mereka seolah tak boleh hidup tanpa orang
mereka sayangi. Ada juga sanggup untuk membunuh diri kerana dia curang dan
tinggalkan dia dan ada juga berubah arah melawan fitrah manusia.
Kita
manusia sangat mudah tersentuh sangat bila di cuit dengan ujian dariNya dalam
soal hati. Kadang kala sehingga kita sanggup hilang segalanya janji jangan kita
hilangnya orang yang kita cintai. Ceteknya pemikiran kita kerana terbuai
lamunan cinta seseorang insan.
Mungkin
kata-kata tidak cukup untuk melumpuhnya kebalnya ego kita, degilnya kita. Acik
tahu dan acik pernah merasainya. Sedangkan perkenalanan kami itu hampir 8 tahun
,setiap hari berhubung,tahu apa yang di suka dan tak suka sehingga kami punya
keserasian. Tapi apakah cukup hanya 8 tahun itu untuk membuktikan kita
cukup mengenali dia dan pastinya dia akan jadi milik kita ?
Jawapannya
tentu tidak..
Kerana
dia milik Allah dan telah di tetapkan jodohnya Oleh Allah. Kita bertemu dengan
dia sebagai persinggahan untuk kita kenal erti kasih sayang dan erti perpisahan
sebenarnya untuk kita lebih bersedia di masa akan datang.
Takdir
Allah mengatasi sengalanya kami terpisah, ketika itu hati kosong, di penuhi
dengan lubang-lubang yang sepi tanya ada yang mengisinya. Otak bagaikan hilang
pedoman , hati ini hancur kerana dia pergi untuk seseorang demi cinta
lain.
Kau kena
bangkit lawan kembali, jadikan kenangan itu sebagai penguat untuk kau bangkit.
Tepuklah
dada dan yakinkan padanya :
"Ya
rabb, kuatkan hati ini dari segala kekecewaan, kuatkan dia dan berikan semangat
kepadanya bahawa walaupun dia tiada di sisi. Aku tidak mahu kembali kepada aku yang dulu.
Kalau aku kembali kepada diri aku yang dulu, maknanya aku telah tewas. Allah
akan murka terhadap aku dan hamba Allah yang membantu aku berubah itu pun pasti
sedih..“.
Positif diri dengan apa yang terjadi.
Bahawa Allah temukan aku dengan dia bersebab. Rasa sakit itu
sementara tetapi hikmahnya itu penuh dengan kebaikan. Ianya buatkan aku lebih
mengerti dirilku dan mendekatkan diriku pada Allah.
Allah nak kita berubah, menjaga hati agar tidak mudah untuk
memberi pada seseorang itu. Dalam buat segala keputusan meminta kepadanya serta
untuk lebih cekal hati dengan ujian yang melanda.
Aku belajar sesuatu, bila kita
hilang seseorang, ia bukan mengajar kita erti lemah atau kecewa.Tapi ia
mengajar kita kuat.Kuat untuk menghadapi kehilangan itu. andai kita lemah dan
terlalu melayankan sangat perasaan kehilangan itu, kita akan jatuh tersungkur.Tapi
andai kita belajar dari kesilapan yang lalu dan muhasabah diri sendiri, in shaa
Allah Allah akan membantu kita merawat hati kita.
Ramai yang tanya acik, ada
ubatkan untuk putus cinta, patah hati ?
Tentulah adalah kerana Allah yang
ciptakan rasa sakit hati dan kecewa itu, dan Dia juga lah yang akan bantu kita
selesaikan semua permasalahan itu, in shaa Allah”.
Maka dekatkan diri kepadanya dan
berdoalah padanya. Doakan kekuatan kita sebagai seorang muslim. Insha Allah Dia
akan temukan kita dengan seseorang yang selayaknya untuk kita pada masa dan
keadaan yang tepat. Carilah cinta Allah dahulu.
Daripada Rasulullah S.A.W: “Jika kita mengejar dunia, dunia akan
lari meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada
kita.”
Doa itu senjata terampuh seorang
muslim.
Hingga ke hari ini namanya masih
terselit dalam doaku, begitu juga dengan bekas tunang aku, moga kami sama-sama
dipertemukan dengan jodoh yang makin mendekatkan kami denganNya.Percayalah,
saat kau kehilangan adalah saat kau akan memperoleh sesuatu yang lebih
berharga.
Dengan redha, segala-galanya
pasti akan menjadi lebih indah.
4 Ulasan