Ticker

6/recent/ticker-posts

Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma



Assalamualaikum,Pernah tak ada impian untuk ada produk sendiri. Asyik tengok iklan Dato Vida, Datuk Aliff  dengan produk sendiri.Bila pula kita ? 

Tapi masalahnya kita tak ada kepakaran soal itu dan takut di tipu juga tak berani ambil risiko,pula tu tak ada modal.

Dalam apa jua kita lakukan kita kena ada ilmu, lagi-lagi jika ingin mempunyai produk sendiri. Soal pembungkusan, pemasaran, kilang dan sebagainya. Banyak pekara yang perlu di fikirkan. Bingung ? 

Ini peluang buat kamu yang berminat untuk belajar mengenai bisnes, kamu boleh hadirkan diri ke "Preview MVM Apprentice yang seterusnya pada 29 Mei ini.

Khas buat anda yang masih mencari kerja. Tiba masa untuk anak muda mempunyai kerjaya, bijak mengurus kewangan dan menjadi pengasas produk.

Syaratnya ?

-Mestilah berusia 21-28 Tahun
- Minimun CGPA 2.5

MAKLUMAT PROGRAM

» Tempat: EZAZ Wealth Management & Consultancy
» Alamat: No 13B, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Suri Puteri,
Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300, Shah Alam, Selangor.
» Tarikh: 29 Mei 2016
» Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
» Peserta: Terhad kepada 100 orang sahaja!
» Pendaftaran: - 019 - 387 4397 Atiqah



Apa Itu #MVMAPPRENTICE ?

#MVMAPPRENTICE merupakan program amal keusahawanan dengan kerjasama MOHA GROUP bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda.
Apprentice yang berjaya berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri secara PERCUMA melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD.

Siapa Perlu Hadir?

» Graduan baru
» Mereka yang sedang memburu kerja
» Mereka yang ingin menjadi pengasas produk
» Mereka yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan
» Mereka yang ingin belajar mengenai pemasaran online/offline

Bagaimana Cara Untuk Hadir Ke Preview MVM Apprentice ?

Daftar SEKARANG >> Dengan whatsApp nama penuh anda ke no 019 – 387 4397 – Atiqah, dan beritahu yang "saya berminat untuk hadir ke "Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini"

Anda juga boleh klik "interested" / "going"di event kami di FB (Klik di sini) 

Maklumat lanjut di: https://mvm.org.my/preview-mvm-apprentice-2-0/645

Mohon juga bantu untuk hebahkan kepada kawan-kawan kamu, terutamanya kawan kamu yang masih mencari peluang pekerjaan / yang berminat untuk menjadi usahawan.

Siapa pula Panel MVM Apprentice ?

Tiga Panel tersebut ialah : 


YAYA MOHAMAD
Yaya Mohamad merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MOHA Group Sdn. Bhd dan dua syarikat lain iaitu MOHA Trading Sdn. Bhd serta MOHA Biotech Sdn. Bhd. Beliau merupakan usahawan kosmetik yang berjaya dalam usia muda. Usia muda dan kepayahan hidup sebelum ini tidak menghalang beliau untuk terus maju dalam bidang keusahawanan kosmetik. Mempunyai pelbagai produk kecantikan yang hangat dipasaran dan dikenali di serata Malaysia serta dikagumi oleh usahawan yang lain.
SHIDA MOHAMAD
Shida Mohamad merupakan Pengurus Besar Jamutera Trading Sdn. Bhd. serta pengasas kepada 5 produk kecantikan dan kesihatan khas untuk pasaran online bermula pada awal tahun 2014.
YA MUHAMMAD
Ya Muhammad merupakan seorang usahawan muda dan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim  Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association). Beliau juga aktif memberikan latihan berkaitan pemasaran Online kepada Usahawanan Muda.

Catat Ulasan

15 Ulasan

khatyaiman berkata…
wah..semuanya bergantung pada diri untuk merancang bagaimana untuk memajukan kehidupan. Peluang sebaik ini kena rebut . Semoga berjaya
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Semoga peluang yg ada dpt di manfaatkan sepenuhnya oleh semua ..
Afiq Halid berkata…
Semoga berjaya pada semua yang terlibat nanti. Dan rasa macam nak turut serta juga. 😁
Unknown berkata…
Goodluck pada yang terlibat. Syima pun teringin jug nak hasilkan produk sndri hehe
Yanieyusuf.com berkata…
wah menarik gak ni.. Peluang terbaik ni..
Akupenghibur.com berkata…
betul tu, kita kena gerak dr zon selesa
Akupenghibur.com berkata…
amin ya rab... gunakan peluang yg ada
Akupenghibur.com berkata…
jom jom penuhkn kolum... murah tu
Akupenghibur.com berkata…
kan.. teringin jgk ada produk jenama sendiri
Akupenghibur.com berkata…
ambil peluang terbaik nie 😊
Mimin Adam berkata…
Datuk Aliff syukri dan Dato Vida tak henti henti berebut peluang perniagaan.. masyaallah. Maksudnya. Tak mustahil jugak utk kita berjaya mcm mereka
Lisa Nurulain berkata…
bagus sebenarnya kalau ada peluang mcm ni ..sebab kalau tanya orang pun blum tentu akan bagtau caranya
Mieza S berkata…
Semoga program ni membawa manfaat pada semua :)