Ticker

6/recent/ticker-posts

Saat Kau Melihat Orang Yang Kau Sayang Terbaring Kaku Tak Bermaya

ehsan google

Assalamualaikum

Aku sering lihat di kaca televisyen dengan kekayaan dan duit yang banyak itu cara untuk bahagia. Setiap bulan bank in beribu untuk mak.

Kita sibuk dengan kerja siang dan malam. 

Aku tertipu itu hanyalah bersifat sementara. Memang betul , duit itu segalanya tetapi bukan untuk semua pekara.

Kasih sayang ibu itu tiada di jual di pasar mahupun di shopping compleks. 

Pernah aku sendiri tanya pada mak :

Mak, kalau di beri satu peluang untuk di tunaikan, apa yang mak nak ?, tanyaku.

Cukuplah aku dapat dapat berjumpa dengan semua anak-anakku yang aku besarkan dari kecil. Kadang bila keseorang kenangan masa kamu semua masih kecil masih ligat ingatan. Tak tidur malam di buatnya kerana rindu pada kamu semua. Kata mak.

Aku terdiam, begitu sayangnya mak pada kami. Tiada gantinya, sebab itulah aku sanggup tinggalkan cita-citaku untuk dekat padanya. 

Jika mahu mencari syurgamu, beribadahlah, jagalah ibumu dan jika ada ayah jagalah dia.

Mereka tidak perlu duit yang berjuta, tapi mereka perlukan kasih sayang kita dan perhatian kita sebagai anak. Jangan jadi anak derhaka sehingga dia terpaksa telefon kita tanya khabar, bila nak balik kampung ? lama tak jumpa.

Jangan, lagi kita anak lelaki. Tanggung jawab kita sehingga ke akhir nafasnya.

Kau tahu usianya kian bertambah, kadang dia sakit, dia pendam. Kadang dia tak ada selera makan, nak anak-anak teman. Kadang dia menangis sorang-sorang rindu dekat dengan anaknya.

Kau tahu dialah insan yang tak pernah bosan menyebut namamu dalam doanya.

Bila kau akan pulang ?

Adakah sehingga kau dapat tahu, abang jangan sedih tau, kuatkan semangat, Mak dah tak ada. 

Saat itu tiada gunanya, menangislah air mata darah sekalipun dia tak akan kembali. Ketika itu sekujur badan terbaring kaku tak bermaya. Dialah insan yang kau sayang sangat. Dia telah tiada, ermm selagi dia ada hargailah dia. 

 Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

Sebagai anak, wajar kita sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan mengucapkan kata-kata yang baik dan menyenangkan hati mereka. Dan lebih-lebih lagi kita dituntut agar mendoakan kesejahteraan mereka.
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” (al-Isra’, 17: 24)

Catat Ulasan

5 Ulasan

anazarin berkata…
Kasih sayang tidak ternilai harganya.. mengapa perlukan begitu banyak wang ringgit andai kasih sayang tidak dapat disebarkan..
anazarin berkata…
Kasih sayang tidak ternilai harganya.. mengapa perlukan begitu banyak wang ringgit andai kasih sayang tidak dapat disebarkan..
fyna ahmad berkata…
Setuju dengan acik. Mak ayah tiada galang gantinya. Sesibuk mana pun kita, telefon lah bertanyakan khabar mak dan ayah di kampung. Pulanglah ke kampung sekiranya ada kesempatan.
paridah berkata…
BERTANGGUNGJAWABLH TERHADAP AYAH IBU SBB BILA MRK TIADA MENYESAL TIADA GUNANYA...
usryabdullah berkata…
Amat menyentuh perasaan dan mengisafkan. Tak mampu nak komen lebih.