Ticker

6/recent/ticker-posts

5 Ujian Terbesar Di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum

Cuaca seperti memahami mendung dan redup seperti hatiku saat ini. Tiba-tiba rasa sayu, entah mengapa. Ramadhan ini ketenangannya lain macam tak seperti bulan-bulan biasa.

Dalam ketenangan tersebut terdapat ujian di sebalik .Ujian apa pula ? 

Dalam bulan ramadhan kita di uji 5 pekara yang terbesar.

1. Ujian nafsu.

Di saat inilah kita di uji untuk mengawal nafsu kita. Nafsu makan, nafsu diri kita. Lihat makanan memang semua benda nak makan tapi bila dah berbuka tak habis semua. Di kala bulan puasalah ini kita dapat ketika sendirian adakah kita curi-curi makan ? Juga nafsu diri kita, adakah kita dapat mengawalnya agar tidak melakukan pekara-pekara yang membatalkan puasa.

Hikmahnya adalah untuk kita mengawal nafsu kita, jangan nafsu mengawal kita.

2. Ujian Mata

Masa ini mata kita di uji dengan dasyat,masa inilah kita ingin lihat yang bukan-bukan. Tengok cerita yang bukan-bukan. Pekara yang lagha (sia-sia) . Seeloknya pandang pekara kebaikan seperti al Quran, keindahan alam. 

3. Ujian Telinga

Ketika inilah kita akan dengar pelbgai pekara tak baik, walhal bulan puasa tetap dengar umpatan,cacian dan hasutan. Cubalah kawal telinga kita untuk dengar ayat-ayat suci al quran. Cubalah pekakkan telinga dari mendengar orang kata yang tak elok. Tapi janganlah bos panggil saja-saja buat tak dengar ,bala nanti bala..haha

4.Ujian Lidah.

Lidah adalah anggota yang paling banyak ujiannya. Lidah ini dasyat setajam hunusan pedang melalui kata-kata. Ianya ujian kita kadang suka berbicara pekara yang lagha. Tak sudah-sudah mengumpat orang, kata itulah inilah. Rehatkan lidah kita dari kebiasaan. Jika diam itu lebih baik maka diamlah. Basahkannya dengan zikir memuji nama Allah.

5. Ujian Kaki & Tangan.

Saat inilah kemana langkah kaki kita pergi ? Adakah ketempatan yang baik atau sebalik ? 

Tangan kita pula adakah dalam dia mengambil barang lain atau menghulurkan sedekah ?

Itulah pilihan kita,jika juga yang memilih.

Ehh kenapa bulan puasa je perlu di jaga ,bulan-bulan biasa ?

Bulan puasa ini adalah bulan untuk mendidik kita untuk ke arah kebaikan. Lebih elok jika di teruskan lagi ada bulan-bulan lain.

Ya rab, semoga aku kuat hadapi ujian-ujianmu dan berikan keberkatan di bulan ramadhan. 

Catat Ulasan

5 Ulasan

Nisha berkata…
Selamat menyambut bulan Ramadhan ((: Anyway, Jemputlah join segmen terbaru Nisha ya ^^ http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/06/segmen-bloglist-bulan-jun-julai-by-hbj.html
Inani Hazwani berkata…
Moga kita dapat menahan ujian ujian ini. Salam ramadhan buat acik dan keluarga :)
Hanis Amanina berkata…
Bulan Ramadhan boleh dijadikan set point untuk jadi lebih baik. :) Macam acik kata, lebih baik bila dapat diteruskan ke bulan2 lain.

Salam Ramadhan :)

hanisamanina.com
usryabdullah berkata…
Kadanng- kadang pelik juga. Bulan biasa boleh pula berjimat tapi bila tiba bulan puasa, banyak pula membelinya. Dengan lauknya 2-3 jenis, dengan kuih 2-3 ketul, dengan airnya 2 jenis. Moga tahun ini saya lebih berhati-hati ketika berbelanja.
Khir Khalid berkata…
Salam Ramadan Acik... semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya buat kita semua... aamiin.. :)