ehsan google |
Assalamualaikum
Ada beberapa kes di mana pasangan kekasih belanja kekasih mereka menaiki kereta Limo yang di anggap romantik. Tag masing-masing punya pasangan.
(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh
"hubby nanti buatlah gini,please be romantik", kata peah kepada tuah bukan nama sebenar komen di facebook.
Jika kamu mampu , silakan tiada halangan tetapi pada acik seeloknya jangan membazir. Duit yang kamu keluar untuk kekasih yang belum halal bagimu seeloknya di gunakan untuk keperluan yang lebih penting.
Tak kisahlah kamu dah bercinta berapa tahun sekalipun tetapi cuba bayangkan apabila mak ayah kita tengok perbuatan kita. Pasti mereka sedih kerana selama 20 tahun atau lebih dia besarkan kita, tak pernah kita berikan hadiah mahupun kadang lupa nak hargai dan ucapan terima kasih. Tetapi demi seorang perempuan yang baru kenal beberapa tahun sanggup buat apa sahaja.
Acik jelaous lah tu ?
Tidaklah, pada acik lebih baik kita didik wanita itu dengan keimanan bukan harta atau pujian.
Kerana kelak bila kau tiada apa-apa dia pasti meninggalkanmu.
Jika kau terlalu mengagungkan dia,takut-takut keaggungan itu hilang bila dia rasa dia selayaknya dapat lebih baik.
Jika benar kamu sukakan dia,jumpalah mak ayah dia, merisiklah dan masuklah meminang. Terjemahkan melalui cara yang betul itu baru romantik.
Barulah jadi kekasih yang halal bila sudah ijab dan kabul.
Jadi pilihan di tangan kamu, pilihlah yang terbaik untuk kamu.
4 Ulasan