politeknik merlimau melaka sewaktu diploma dulu |
Assalamualaikum
Terpanggil untuk berkongsi tersendiri berdasarkan pengalaman peribadi.Aku antara ribuan pelajar yang mendaftarkan diri secara sukarela untuk masuk ke politeknik. Sebab di sekeliling aku datangnya orang hebat produk kelahiran politeknik.
Bila orang tanya, acik sambung belajar mana ?
Poli je ?
Ishh poli je, siap ada cakap-cakap belakang. Ada yang ingat poliklinik. Itu yang biasa aku dengar jawapannya. Tiada standard tak setanding universiti.
Tapi aku tak ambil hati dengan apa yang mereka katakan. Di politeknik mereka lebih kepada praktikal dan di seimbangkan di teori. Di berikan tentang realiti kehidupan sebenar sewaktu bekerja nanti.
Acik penuntut dalam jurusan pemasaran, jadi kami di ajar bagaimana untuk memasarkan produk bermula dari Rancangan Perniagaan, pengiklanan, promosi dan sebagainya. Siap di beri cabaran untuk menjual produk pingan mangkuk La Opala Diva set RM 400 ++.
Dulu acik seorang yang pemalu untuk bercakap depan orang ramai.Mengigil lutut ah,alhamdulilah hasil didik pensyarah terlatih memang jadikan lebih baik. Mampu jadi emcee di majlis-majlis utama di Politeknik.
Bila habis belajar, memang tak di nafikan itulah kehidupan selepas berkerja jadi sudah siap mental dan fizikal .
Bukan bermakna masuk universiti tak bagus. Pada acik bagus sangat sebab mereka ada modul sendiri dan kemahiran lebih lagi.
Ada yang kata, sepandai mana kau perform di Politeknik walupun dapat 4.00 CGPAkau tak dapat masuk universiti.
Kamu Tuhan ke ?
Sedangkan janji Allah pasti, setiap manusia itu ada rezeki tersendiri. Jika tidak dapatkannya di situ letaknya ujian.
Soal boleh bertahan atau tidak universiti itu terpulang pada individu. Alhamdulilah acik telah tamatkan pengajian bagi Ijazah dalam bidang komunikasi (penyiaran) di Uitm Shah Alam
Jujur acik katakan, tidak nampak perbezaan pelajaran di politeknik dan Universiti , malah pada acik lagi susah di politeknik kerana kena siapkan amali dan juga hadapi peperiksaan yang mengunung.
Jadi tidak timbul rasanya kelas ke 2, 3 tau lebih dari itu.
Kita datang sana untuk belajar,jadi manfaat rezeki yang Allah berikan. Kehebatan hasil produk yang di hasilkan itu bukan hanya pada keputusan pelajaran sahaja. Tetapi bagaimana kamu servive dan dapat memikat dengan kemahiran kamu untuk mendapatkan pekarjaan.
Jangan adakan jurang dan berbezaan,andai berada di universiti terkemuka dunia sekalipun tetapi tidak manfaatkan sebaik mungkin dan tak belajar ambil ilmu semaksimum mungkin kamu dalam golongan orang yang rugi.
Jadi bagaimana rakan-rakan kita belajar di ILP,IKBN , kolej swasta ?
Belajarlah menghormati hak orang lain. Tak semua orang merasai apa yang kita lalui. Hargai nikmat itu dan jangan persiakan.
Di anggap ada perbezaan kasta ketika orang nak ambil untuk bekerja. Sebenarnya tidak pun, siapa yang mempunyai keyakinan,kemahiran semasa temuduga pasti di ambil kerja.
Sebabnya kebanyakan datang temuduga terlalu banyak alasan , nak gaji tinggi tetapi kerja best. Ada itu dah di terima kerja guna excel pun tak pandai.
Bukan soal tempat kita belajar menjadi isu utama tetapi kesediaan kita persiapi kita untuk menghadapi realiti di alam pekerjaan itu seharuskan agenda utama.
Tengoklah berapa ramai graduan menganggur ?
Gunakan ilmu yang kita ada di jalan kebaikan untuk agama,keluarga dan masyarakat serta negara.
Gunakan ilmu yang kita ada di jalan kebaikan untuk agama,keluarga dan masyarakat serta negara.
6 Ulasan
Jgn pandang rendah kat orang..walaupun serndah2 bljr..ilmu tu penting..hargai la apa yg kita ada dan buat adik2 yg bljr di mana2..
Satu jer nak cakap..anda mmg hbt..huhu