Ticker

6/recent/ticker-posts

Panduan Terbaik Memilih Makanan Berkhasiat Semasa Bulan Ramadhan

gambar hiasan

Assalamualaikum

Alhamdulilah sangat bertuah kita berada di bulan ramadhan, ucapkan syukur ke atas nikmat yang di beri. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Memang tidak dinafikan, di bulan puasa pasar Ramadhan akan tumbuh bagai cendawan. Di sini anda boleh dapat pelbagai jenis makanan untuk juadah berbuka puasa.Bayangkan dalam keadaan yang lapar, pelbagai kuih-muih serta lauk-pauk yang enak dijual. Ini boleh menyebabkan kamurambang mata membuat pilihan. Sudah pastinya, segala prinsip atau amalan makan secara sihat senang saja diketepikan pada saat itu. Seharusnya di bulan puasa ini kamu perlu menjaga juga pemakanan untuk menjamin kesihatan. 



Ahh Bulan Ramadhan adalah sama  sahaja seperti bulan-bulan yang lain tetapi bezanya kita makan di waktu malam. Sebaik-baiknya kita membahagikan waktu makan kepada beberapa waktu hidangan supaya tidak memberi beban yang teruk kepada perut di samping tubuh kita mendapat cukup kalori untuk keperluan seharian. Jika pada hari-hari biasa kita mengambil sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam, begitu juga di bulan puasa. Cuba amalkan makan secara berperingkat seperti pada waktu berbuka, mulakan minuman dan kuih-muih atau buah-buahan. Ini sebagai pengenalan atau pendahuluan kepada perut kita yang kosong. Kita beri rehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib. Selepas ini barulah perut kita akan lebih bersedia menerima makanan dalam kuantiti yang lebih banyak.

Di samping kuantitinya, kualiti pemakanan juga perlu dititikberatkan. Ini untuk memastikan tubuh kita kembali menerima tenaga yang telah digunakan sepanjang hari dan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh terkandung di dalamnya. Amalkan pemakanan seimbang di mana kita perlu memastikan semua sumber karbohidrat (kanji), protein, lemak, vitamin, mineral dan air di ambil dalam jumlah yang sesuai dan mencukupi.

Pemilihan makanan daripada produk-produk tempatan sebenarnya mempunyai nilai pemakanan yang baik asalkan cara kita menyediakannya adalah mengikut resepi atau panduan makanan sihat. Sekarang inilah masanya kita cuba memodifikasikan diet kita supaya kita dapat makanan yang berkhasiat, murah dan dapat mengurangkan belanja.

Berikut adalah panduan makanan untuk menjamin kesihatan kita;
  • Kurangkan penggunaan lemak terutama lemak tepu seperti sumber-sumber lemak dari binatang seperti mentega dan keju kerana lemak jenis ini juga mengandungi aras kolesterol yang tinggi. Semasa menggoreng dan menumis juga kita perlu meminimakan kuantiti minyak supaya makanan lebih sihat dan memastikan kita lebih berjimat-cermat.
  • Tingkatkan pengambilan buah dan sayur-sayuran segar. Kebanyakkan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku, pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai. Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin. Selain sumbangan vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah menyumbangkan serat (fiber).
  • Lebihkan pengambilan air. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buaha-buahan (tanpa gula) dan elakkanlah dari minuman yang manis seperti minuman kordial dan minuman berperisa. Minuman yang berkafein seperti kopi tulen juga tidak digalakkan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang masin terutama ketika bersahur. Disamping kita dapat mengelakkan bahaya penyakit, kita juga akan tidak merasa dahaga ketika berpuasa.
  • Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang manis. Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis dan masalah kegemukkan
Semoga dalam bulan Ramadhan ini, kita adalah di antara individu yang bijak memilih makanan yang sihat di samping berjimat-cermat dalam memilih makanan yang sesuai.

Catat Ulasan

6 Ulasan

Azlan Strider berkata…
thans atas panduan ini...tapi aku pernah dengar orang kata time sahur minum air manis skit sebab ia boleh membantu meberi extra tenaga pada siang hari...tapi so far aku minum macam biasa jer...hehehe

Regards,
-Strider-
Azirahman berkata…
berpada-pada bila mengadap makanan....masak sendiri boleh control, kalau ke param..boleh jadi rambang mata...
umminani berkata…
selamat berpuasa acik
usryabdullah berkata…
saya bersahur dengan nasi lemak, teh tarik dan tak lupa kurma. Kurma inilah yang memberi banyak tenaga.
Afiq Halid berkata…
Thanks for the tips. Harap2 masih boleh kawal diri waktu berbuka. Hehe
paridah berkata…
Salam Ramadan acik..mulakan berbuka ikut sunnah insyaAllah.