Assalamualaikum
Ramadhan ini banyak ujiannya terutama ujian soal nafsu makan. Puasa ini tentu yang menjadi tumpuan adalah soal makanan. Bila sebut pasal makanan tentulah bazarlah menjadi tarikan.
Acik pun sebenarnya jarang pergi bazar tetapi di sebabkan mak teringin mak makan. Jadi pergilah ke bazar di Kota, untuk mencari makanan yang kami nak.
Memang rambang mata, tengok banyak makanan, fuhh menyelerakan.
Bila berniaga nie perlukan kejujuran dari peniaga. Sebab apa acik cakap kenapa macam itu ?
Sebabnya dah beberapa kali ini kami dapat lauk basi.
Fikir mungkin sebab masak awal atau hangat untuk beberapa hari.
Putus selera nak makan, tolonglah.Bila meniaga itu jujurlah. Hampir semua lauk yang kami beli di kedai tersebut basi.
Sadis betul, Kejujuran dan ikhlas boleh diumpamakan seperti seekor semut hitam yang berada di atas batu hitam di malam yang kelam. Ia memang benar wujud tapi amat sukar untuk dilihat dan disedari. Latihlah diri kita agar sentiasa jujur dan ikhlas bukan kepada orang lain sahaja tetapi pada diri kita sendiri.
Tak ada gunanya berjaya sampai ke pintu langit sekalipun seandainya kejujuran dan keikhlasan langsung tidak wujud dalam diri. Hanya kejujuran dan keikhlasan yang dapat memandu kita ke arah lebih bertanggungjawab dan bertungkus lumus dalam melakukan jualan secara berhemah dan baik di mata bakal pembeli mahupun pelanggan.
Rasulullah s.a.w bersabda;
“Sesungguhnya Allah telah memberikan wahyu kepada ku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawaduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.” (Hadis Riwayat Muslim).
9 Ulasan