Ticker

6/recent/ticker-posts

Pentingnya Restu Mak Ayah Dalam Perhubungan Kita


Assalamualaikum

Jodoh itu tetap menjadi rahsia Allah, kita berusaha sebaik mungkin. Satu masa pada kita, kita telah bertemu dengan seseorang yang terbaik untuk kita. Di perkenalkan kepada mak dan ayah. Luluh harapan hati apabila mak ayah kita menolak dia sebagai calon kita.


Demi cinta pada kita yang kita anggap suci itu harus di pertahankan. Mengikut kata hati dan gelora cinta itu. Tekad untuk berkahwin dengan apa cara sekalipun. Hati si ayah sangat perit tak kelapang melepaskan anaknya yang di besarkan bertahun lamanya. 

Demi cinta biarlah hilang keluarga asal bersama dia orang yang kita cintai. Berbulan berlalu, hidupnya tak seindah di khabarkan.Si lelaki kian berubah, kaki mabuk, kaki pukul dan tiada manisnya berbicara seperti dahulu. 

Perut ini semakin membesar kian tiba masa bersalin. Si lelaki hilang entah kemana, sendirian hanya air mata sebagai peneman.

Acik menaip ini mengingatkan diri ini, bahawa pentingnya restu mak ayah dalam perhubungan kita.

Cubalah muhasabah diri, kenapa mak ayah kita tolak calon pilihan kita ?

Pasti ada alasan yang kukuh dan berbincanglah ,mintalah pandangan dan nasihat dari mereka.

Kenapa restu mak ayah kita itu sangat penting ? 

Sebab paling utama adalah doa mereka untuk kita. Restu mak ayah kita adalah restu dari Allah. Restu mak ayah dalam perkahwinan kita ibarat tiang seri dalam pembinaan rumah. Tanpa restu ibarat hilang seri perhiasan.

Restu itu salah cara untuk mencari keberkatan dari Allah. Tanpa restu bagaikan gurun tak bertuan.Bila Allah merestui pernikahan kita hidup lebih bahagia, di permudahkan dan inshaAllah murah rezeki.

Kepada lelaki dan ingatakan jua pada acik. Muhasabah diri, yakin mereka bahawa kita mampu jaga anak mereka dengan baik. Baiki diri kita dan paling penting kita berusaha dan berdoa.

Andai sudah berlaku tanpa restu mereka, kembalilah kepada keluarga Minta maaf dan carilah restu mereka. 

Catat Ulasan

8 Ulasan

Ain Athirah berkata…
Kalau ain berkawan pun mesti wajib bgtau parents ni kawan ni. nama ni duduk ni. mmg bawak balik rumah jmpa parents tak ksah kawan lelaki ke perempuan.
umminani berkata…
betul tu, lebih bahagia dengan restu mak ayah. syurga di bawah telapak kaki ibu .
Misya berkata…
Setuju! Saya sendiri pun beberapa kali my parent reject calon yg saya perkenalkan. Hehe. Sedih mmg sedih tapi bila kita letakkan restu ibu ayah No.1, itu bukan masalah besar. Dan akhirnya betul, saya jumpa yang terbaik, now dah jadi suami isteri. Alhamdulillah...
paridah berkata…
RESTU IBU/AYAH ADALAH REDA MRK KPD KITA...RESTU REDA ALLAH TERGANTUNG REDA IBU/AYAH JUA
Unknown berkata…
Insya Allah semoga kita juga menjadi seorang ibu bapa yang soleh
Hotmail Support berkata…
Outlook.com authoritatively propelled Tuesday, denoting the end of its antecedent, Hotmail.

About seven months in the wake of declaring the email benefit review in July a year ago, Microsoft reported its beta end in a blog entry.