Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedekah Alternatif Agar Di Permudahkan Dalam Pencarian Jodoh

Assalamualaikum

Abang saya nak minta sedekah bang dah 3 hari saya tak makan, berbuka pun air kosong, Kata seorang lelaki.

Ku hulurkan semampuku

Ehh jangan banyak-banyak, kadang tipu tu,kata seorang sahabat.

Tak apalah niat aku nak bantu dia,lain dari itu urusan dia dengan Allah.

Acik, boleh aku tanya sesuatu tak ?
Ermm aku selalu bersedekah, tapi Allah tak bantu pun aku ketika aku dalam kesusahan. Makin susah juga aku, bukan aku meragui tetapi masih belum dapat balasannya, kata sahabatku.

Ermm kadang masalah kita kurang ikhlas dalam beribadah,kita sedekah dan berdoa pada Allah menghajati apa yang kita ingini dan kita harapkan ianya di makbulkan cepat.

Emm Adik aku pun macam itu, kadang dia tolong-tolong kita, dia nak minta duit belanja lebih. Kadang tak bagi itu, melenting dia. Sedangkan kami sedang kumpulkan duit untuk belikan dia telefon bimbit. Nak buat suprise tapi dia tak sabar.

Begitu juga dengan Allah ada " suprise" untuk kita.Allah tak juga balasan dengan duit, tetapi di berikan umur yang panjang, kesihatan yang baik, keluarga yang harmoni,di naikkan pangkat dan pelbagai lagi.Kadang kita tak menyedarinya nikmat yang Allah beri.

Paling penting kita harus tetap berbaik sangka dengan Allah, mana tahu Dia sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kau.

Begitu juga dalam soal jodoh, kita kena sabar, berusaha, baiki diri dan akhirnya berserah serta tawakal dengan ketentuan Allah.Mana tahu Dia berikan jodoh yang baik untuk kau.Memang sedekah itu bukan suatu penyelesaian masalah dalam hal mencari jodoh. Tapi, dengan bersedekah selain juga dengan terus berusaha dan berdoa, ternyata mempermudah langkah kita bertemu jodoh.


Mengajar kita untuk lebih ikhlas dalam menerima ketidaksempurnaan mahupun senantiasa memberi kasih sayang.

Betul juga kata kau acik, terima kasih kerana beri nasihat. Mulai hari ini aku nak bersedekah lebih dan bersangka baik dengan Allah,Balas sahabatku

Aku hanya mampu tersenyum melihat keletah sahabatku. Sedekah itu tak buatkan kita miskin tetapi Allah beri lebih lagi ada.

Dalam bulan ramadhan ini ambillah peluang untuk kita menginfakan harta kita untuk di berikan kepada yang memerlukan.

Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana. 

(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)


Ye, acik faham bukan semua berkemampuan dari segi bersedekah apa yang boleh di lakukan seperti dalam hadis ini :

Para sahabat bertanya,“Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Nabi S.a.w. menjawab, “Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah.” Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?” Nabi menjawab: “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya”

Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab:

“Menyuruh berbuat ma’ruf.” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak

melakukannya?” Nabi S.a.w. menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan

itulah sedekah.”

(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Catat Ulasan

6 Ulasan

Unknown berkata…
Ramai yang takut bersedeqah.. sedeqah maksud sedeqah itu luas..
Unknown berkata…
Ramai yang takut bersedeqah.. sedeqah maksud sedeqah itu luas..
Mama Kembar Tiga berkata…
Memberi tanpa mengharapkan sebarang balasan, InsyaAllah tak kan putus rezeki kita
Ain Athirah berkata…
Senyum pun sedekah kan ? So singgah senyum sini
umminani berkata…
terdapat banyak hikmah bersedekah ..cuma.ramai x belajar.
umminani berkata…
terdapat banyak hikmah bersedekah ..cuma.ramai x belajar.