ehsan google |
Assalamualaikum niat di hati pada bulan puasa ini lebih kepada perkongsiaan tentang bulan yang mulia ini. Tetapi tiada henti pertanyaan dan pandangan soal jodoh.
Ada antara mereka sedang mencongak-congak untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka pada bulan syawal.Ramai yang mengeluh, kos untuk perkahwinan semakin mahal tetapi duit tak cukup untuk majlis.
Perlu ke buat pinjaman peribadi untuk berkahwin ?
Pertama sekali acik nak tanya, tujuan apa kamu kawin ?
Semestinya sebagai tuntutan sebagai muslim. Tetapi dalam islam sendiri tidak sebut mesti perkahwinan itu semestinya yang gah-gah dan mahal. Kerana tuntuan peribadi dan keluarga dengan hantaran yang serba satu serta inginkan majlis yang gah agar tidak di katakan orang kita ambil pinjaman peribadi.
Mengikut agama islam, pinjaman untuk perkahwinan adalah di haruskan tetapi sebaik-baiknya tidak melakukan sebarang pinjaman pinjaman dengan mengadakan majlis tersebut mengikut kemampuan sendiri.
Namun ikutqn adat yang memerlukan pihak lelaki menghantar wang belanja, hantaran serta satu,hantaran serba berdiri, serba duduk buatkan ramai lelaki terduduk di buatnya.
Bayangkan pinjaman yang di ambil RM 15 000 , interest 11% dalam tempoh 60 bulan atau 5 tahun.
Setiap bulan kena bayar dalam Rm 400 lebih itu baru pinjaman sahaja belum nak bayar duit rumah lagi, kenderaan dan keperluan rumah baru.
Pada asasnya adalah mengikut syarak dan kemampuan lelaki tersebut, kerana hantaran cuma adat tetapi mahar atau mas kahwin wajib diberikan kepada pengantin perempuan.
Sebuah hadis meriwayatkan mengenai perkahwinan iaitu “sebaik-baik wanita adalah wanita yang rendah maharnya”. Hadis lain juga ada menyebut, “Laksanakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing”.
Islam memudahkan dalam urusan membina masjid bagi bakal pengantin, namun adat dan budaya masyarakat kita sebenarnya banyak membuatkan ramai yang terbeban untuk berkahwin.
Suka acik ingatkan jika tidak bayar pinjaman peribadi nama boleh CRIS mahupun si senaraihitam. Bila dah kena nak buat apa pun susah.
Bincanglah,pinjaman peribadi bukan penyelsaian yang total.Kalau ada duit setakat itu buatlah semampunya. Ada sanggup untuk pinjam 50 K untuk pastikan majlis grand. Terpulang pada kamu ukur baju pada badan sendiri jangan lupa sekali pada dompet sendiri.
5 Ulasan
yg baki tu buat,niaga kecil-kecilan
mana lah tahu boleh roling balik...hihi