Raya kian menghampiri tinggal beberapa hari. Berpusu-pusulah dari bandar pulang ke kampung menyambut hari raya. Meriah sangat lagi-lagi adik beradik ramai seperti acik.Tetapi suka acik nak ingatkan kepada semua rakan-rakan sekalin. Kamu perlu tahu.
1. Mak bukan orang gaji.
Memang benar sekali sekala kita balik beraya bersama mak ayah. Tetapi janganlah balik nanti baju mak basuhkan, pinggan mak cuci. Anak mak jaga, masak mak juga. Saat ini mak paling sibuk dan paling penat. Jadi sama-sama bantu, baru meriah.
2. Kumpul duit sorang sedikit bagi mak.
Duit itu orang kata duit lauk. Kumpul adik beradik jadi tidak mak ayah kita tak terbeban. Jadi kita berkongsi rezeki.
3.Balik jangan lengang kangkung
Janganlan balik itu balik tangan kosong sahaja.Bawa apa-apa makanan seperti kerepek, kuih muih . Bagi yang bujang dan masih belajar tak masalah jika tak bawa tapi kita bantu dengan tenaga.
4. Ketika malam raya " say no to gadget"
Ada masa lagi ini ucapkan selamat hari raya awal. Malam raya hingga hari raya line telefon bimbit tentu tak ada. Jadi manfaatkan tolong mak masak, tolong potong sayur pun ok.
5. Raya bukan nak tunjuk siapa kaya
Raya bukan nak berlawan antara jiran mahupun menantu. Siap set barang kemas, sofa baru, tv baru semua baru.Ipar ini baju 10 pasang, ipar ini baju 30 pasang. Lepas raya semua monyok ,jadi besederhanalah.
6. Jangan bangun lewat
Pantang orang tua kalau anak bangun lewat. Lagi-lagi pagi raya, memang membebel sebakul. Jadi tidur awal dan kunci jam. Masa raya inilah nak hiburkan hati mak ayah selagi mereka ada.
6 Cukuplah dulu, sambil anyam ketupat ini, kalau ada rasa nak tambah boleh letak di komen.
Di kesempatan itu juga acik nak minta maaf jika ada silap dan salah dalam setiap penulisan acik jika ada terasa di hati dan sebagainya. Selamat Hari Raya Semua.
5 Ulasan
Pemilik blog theathra.blogspot.my
Ain Athirah binti Anuar