Ticker

6/recent/ticker-posts

8 Sebab Merisik Ketika Hari Raya Berhasil

ehsan google

Assalamualaikum

Tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh umat islam akan menyambut Aidilfitri atau Hari Raya. Saat itu semua sanak saudara dan ahli keluarga berkumpul bersuka ria menyambut hari kemenangan sebulan berpuasa.

Ada yang tanya acik ,sesuai tak kalau kita nak merisik untuk meminang seorang wanita itu ?

Ehh pada acik sangat elok. Sebelum itu kena tahu apa itu merisik ?

Merisik ini adalah adat melayu bertujuan untuk bertanya pada pihak perempuan dah berpunya ke? Ianya sangat penting kerana dalam islam melarang untuk masuk meminangan tunangan atau milik orang.ianya ada perjumpaan keluarga lelaki dan keluarga perempuan. Saling kenal mengenali antara keluarga untuk mendapatkan kata sepakat dan mengenali latar belakang si gadis.

Kenapa merisik pada Hari Raya sangat berkesan?

1. Ketika itu hampir semua orang bercuti dan sangat sesuai untuk membincangkn hal-hal yang serious.

2.Sambil beraya sambil merisik. Jadi memudahkan dari segi persiapan pihak perempuan.

3. Semua orang bergembira, pastinya saat ini saat sesuai untuk membincangkan soal yang mengembirakan kedua belah pihak.

4.Mengeratkan silaturahim antara insani dan keluarga. Pada acik masa inilah masa untuk berkumpul bersama keluarga. Paling penting membincangkan soal " bina masjid" bagi dua jiwa ingin bersatu.

5. Ala dah alang-alang merisik pihak perempuan setuju. Teruslah meminang dan bertunang, buat secara sederhana. Waktu seperti ini banyak tawaran semperna Hari Raya di adakan. Barang kemas dan barangan harga berpatutuan.Lagi nak beli cincin hantar tanda.

6.Keputusan cepat di capai, bila adik beradik sekali ada. Jadi pendapat itu boleh di berikan oleh keluarga terutama kakak-kakak jadi proses persetujuaan itu mudah di capai. InshaAllah kalau ada jodoh.

7. Jimat baju, haha ketika merisik itu pakai baju raya terus. Senang tak payah nak banyak-banyak baju.

8. Dapat bermaafan, kita,manusia tak lari dari buat silap. Mana tahu ada kelakuan kita tak di senangi bakal mertua. Moga dapat di lembutkan hatinya dan menerima kita sebagai menantu.

Kita dah berusaha cuma merisik dan bertanya pada pihak perempuan adakah mereka setuju ?

Tetapi apabila wanita mengatakan tidak bersetuju.maka tidak boleh memaksanya. Paksaan adalah gangguan.


Apabila wanita melarang si lelaki mengganggu (walaupun bukan niat lelaki itu untuk mengganggu), maka haram mengganggunya.
Niat kita baik,inshaAllah jika dia jodoh kita akan di permudahkan. Amin ya rab.


Catat Ulasan

0 Ulasan