Ticker

6/recent/ticker-posts

Bila Hati Perempuan Sudah Move On Jangan Harap Dia Kembali Lagi




Assalamualaikum

Tika langit terbuka bicara menjadi semanis gauman,
tika awan mendung bersiaga berembes tangisan pada bumi,
biar badai menimpa,
biar guruh petir berteriak,
tetapi hati yang tawar sukar di tawan.

Hati manusia begitu ajaib jika ingin di rungkaikan. Ianya penuh dengan tanda tanya dan misteri. Kadang kita boleh mencintai dan kadang kita mampu membenci seseorang itu walhal dia dahulu orang paling kita sayang.

Hati ini dia juga punya limit begitu juga seorang insani. Tak kiralah lelaki atau perempuan mereka juga mempunyai limit kesabaran. Ada satu ketika dia mampu sayang kamu ,walau apa jua kamu lakukan dia tetapi sayang. Kamu lakukan pelbagai kesalahan dia tetap memilih untuk memaafkn dan memberi peluang berkali-kali kerana sayang.


Tetapi andai hatinya terluka, di khianati , bila sudah tawar hati, jelak dengan perangai kau. Merayu sekalipun dia tak akan kembali. Bila dia dah move on hati mampu menjadi keras bagaikan batu.

Acik ingin jelaskan kepada kamu semua. Pilihan yang ada sekarang terhad sama ada lelaki dan perempuan. Hargailah orang yang setia di sisimu. Sememangnya dia belum tentu jodoh kamu. Tetapi andai jika jaga hubungan baik sesama insani. Allah jua akan permudahkan dan pertemukan kita dengan orang yang baik-baik.

Kadang bila mempermainkan perasan orang ,sakiti hati mereka ianya tak mustahil berbalik pada kita. Jadi cubalah jadi wanita yang pandai menjaga harga diri dan lelaki yang pandai mengawal nafsu.

Sekuat mana hati manusia ianya tetap memberi kesan jika terluka. Sebab itu acik tak berapa galakkan kamu " couple" kerana ianya akan merosakkan hati dengan bebenan perasaan yang sepatutnya tidak di hadapi ketika itu.

Kita punya hak untuk mencintai seseorang.Kita juga punya hak untuk dicintai seseorang.Akan tetapi merasa telah memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan rasmi itu bukanlah hak kita.

Paling penting adalah senantiasa berdoa pada Allah. Moga Allah permudahkan dalam soal jodoh .Amin Ya Rab.

Catat Ulasan

9 Ulasan

Unknown berkata…
Wa'alaikumussalam Acik

Benar..bukan shj berlaku pada pasangan yg bercinta shj....apa sahaja yg atas nama ikatan..samada persahabatan, majikan dan pekerja, keluarga dsbnya.

Jujurnya memang hurt sgt. Namun pabila dipikirkan akan perjlnan yg masih jauh menuju ke tempat rehat yg hakiki, maafkanlah. Ya move on. Andaikata hubungan bertaut kembali, ianya tidak akan seperti sebelumnya. Bukan membenci. Tapi defensive agar kelak hati ini tidak terluka lagi.
Cakpong!
Akupenghibur.com berkata…
agree dengan akak 💪💪
W'salam Acik. Walau sekalipun sudah berumahtangga, hati tetap perlu dijaga. Bezanya, jika sudah berumahtangga tu kan Acik, kalau terkecil hati, dia akan pulih sekelip mata jika pasangan pandai memujuk. Kengkadang tak dipujuk pun boleh baik sendiri sebab suami atau isteri tu tak ambil port sangat perkara kecil hati tu then kan, bila pasangan bercerita hal anak², kedua suami isteri akan tergelak-gelak lucu dengan karenah anak². Inilah indahnya hidup berlandaskan ikatan yang halal bukan just bercoyple-couple yang sudah nyatanya haram.
Unknown berkata…
Wslm ya achik sy setuju... Kits syg dia apa sj yg dia bust dkt kits tetap lg dgn dia.. Ingtkn dgn kita dia kwn rupanya ramai jgk.. Takpela mgkin bin jdh kami... Tp sy bsyukur lps kjadian tu sy lebih dkt dgn Allah ��������...bersbrla wlpn hati terasa rapub
Unknown berkata…
Waalaikumsalam acik!

ya allah hurt sangat waktu tu, za pernah rasa, dan sebab tu za pilih jalan untuk move on walau sakit angat, sebab mungkin waktu tu, za alpa dengan life. mencintai org lebih dari allah swt, bila sekarang ni makin dekat dengannya hati jadi makin lapang tau.

www.cikza.com
paridah berkata…
JGN LUKAI HATI YG KITA SAYANGI AGAR XSESAL KEHILANGANNYA.
puankuci berkata…
Waalaikumsalam acik, Tidak ada yang salah dengan CINTA.hanya tingkah yang mampu memberi makna. :)
Thùy Liên berkata…
Thank your site! information your share is useful to me!
You can visit my web: criar email hotmail