Bila bercinta semuanya manis bagaikan gula. Habis bersemut di pipir dek kemanisan cinta. Bila berkawan, kemain rapat bagaikan isi dan kulit.
Semua pekara di ceritakan atas dasar kepercayaan. Tetapi hati manusia kita tidak tahu. Hari ini kita rapat esok kita rengang. Berpadalah dalam memberi maklumat ,takut-takut rahsia makan tuannya.
Begitu juga ketika bercinta semua hendak di khabarkan sehingga dalam dan luar sekali. Bila berpisah, semua itu di jadikan senjata kerana dendam.
Ada itu sanggup dedahkan aib pasangan kerana kepuasan diri kita. Kerana dendam, kerana cinta di tolak dan sebagainya.
Allah cukup jaga aib,tapi kenapa kita nak buka aib orang? . Lagi-lagi orang yang pernah kita sayang. Memang puas bila kita tahu sesuatu yang memalukan orang lain, kan ?
Boleh jadi bahan cerita yang panas dengan kawan-kawan, jadi modal untuk di jadikan bahan sehingga mereka bergaduh.
By the way, aib ni apa sebenarnya?
Secara bahasa, aib artinya cacat dan kekurangan. Bentuk jamaknya: uyub. Sesuatu yang memiliki aib, dalam bahasa arab, disebut ma`ib. (al-Fairuz Abadzi, al-Qomus al-Muhith, kata: العيب).
Sebagian ulama mazhab Hanafi menjelaskan aib dengan pengertian:
Suatu bagian yang tidak ada dari asal penciptaanya dan hal itu dianggap sebagai
bentuk kekurangan. (Al-Hasfaki, ad-Dur al-Mukhtar, Dar al-Fikr, Beirut)
Aib secara umumnya bolehlah diertikan sebagai malu, atau untuk lebih mudah difahami, aib itu sesuatu yang kita ceritakan kemudian jika didengar atau diketahui oleh si pelaku, menjadikan si pelaku berasa malu atau tak selesa.
Seperti A menceritakan tentang aib B kepada C. Jika B mendengarnya, akan menyebabkan jatuh rasa malu dalam diri B. Begitulah secara ringkasnya.
Dalam islam, kita dilarang membuka keaiban orang.
…dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; …(Al-Hujuraat 49:12)
Allah cukup jaga aib kita, kenapa pula kita nak buka aib orang ?
Paling di takuti jika Allah bukakan aib kita terbentang luas pasti ketika itu terbujuk kaku kita.
Tetapi ada pekara yang memerlukan aib itu di buka jika ianya memudaratkan seseorang.
Sebagai contoh : kita nampak si A pecah masuk rumah orang si B. Demi jaga aibnya kita rahsiakan.
Bila mana ianya merupakan satu jenayah, satu perbuatan terkutuk , rasuah dan menengakkan keadilan.
Tetapi untuk suka-suka untuk puaskan hati kita tak seharusnya berlaku.
Begitu juga isteri mahupun suami. Setiap orang ada kekurangannya. Jika ada kelemahan pihak isteri dan suami jangan di dedahkan di laman sosial. Seeloknya bawa berbincang untuk atasi masalah bukan menambah masalah.
Begitu juga diri kita, jangan buka aib diri kita sendiri. Dedahkan sana sini untuk meraih simpati semata. Lindungilah maruah dan aib kita.
Begitu juga diri kita, jangan buka aib diri kita sendiri. Dedahkan sana sini untuk meraih simpati semata. Lindungilah maruah dan aib kita.
Ada pekara yang boleh di ceritakan dan ada pekara kita simpan diam-diam. Besederhanalah.
5 Ulasan
Jgn malukan diri kita menceritakan kburukan org lain..smoga dijauhkan..
Setuju this!!!