Ticker

6/recent/ticker-posts

Seseorang Yang Baik Bagi Kamu, Belum Tentu Dia Baik Untuk Kamu


Assalamualaikum

Hati ini terlalu degil,
Keras bagaikan batu krikil,
terlalu mendambakan kasih sayang,
terlalu mengharapkan,
hingga buta dek perasaan.

Bila seseorang hadir dalam hidup kita. Kita berkenalan dengan dia. Mengenali hati budi masing-masing. Satu ketika muncul rasa bahagia dan ingin memiliki.


Rasa cinta itu membuak ingin mengenali lebih mendalam. Berhubungan tanpa henti. Bila tak dengar suaranya hari tak lengkap.Kerap berjumpa untuk kenal lebih rapat. Pada kita dia cukup baik untuk kita. Sesorangnya selayaknya untuk kita.

Tetapi semakin kita kenal dia, entah mengapa semakin banyak perubahan dia lakukan. Mula nampak diri sebenarnya yang selama ini di tutupi.

Solatnya entah kemana, kata nasihat hilang di radar. Aku tertanya adakah ini dirinya sebenar ?

Semakin menjauh, jarang berkomunikasi. Konflik bermula jarang lagi kita seperti dulu. Dia mula menyepikan diri

Akhirnya aku dapat tahu dia sudah dah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Hancur hati itu saat itu.

Kisah di atas antara realiti terjadi. Sebabnya ada cara di atas ada yang tak kena. Allah sayang kita sebab itu menjauhkan dari pekara-pekara yang tidak elok.

Kita kerap berhubung sehingga kita lupa Allah. Kita berjumpa berdua-duaan, tengok wayang berdua, berpegang tangan. Dalam tak sedar cinta di pupuk dari perasaan yang di cipta oleh syaitan  dengan penuh nafsu.


Ingin selalu dengar suara dia, wajahnya sehingga menjagi stalker tegar dia.

Sedangkan kita perlu jaga hubungan kita. Pernah tak kita jumpa dengan seseorang kita mengadu dan memohon dengan Allah ?

Pernah tak kita berdoa agar jaga cinta ini ?

Ada tak kita cuba jaga perhubungan agar tidak berlebihan ?

Pernah ?

Jika pernah, alhamdulilah. Jika tidak mohonlah petunjuk Allah. Rasa sayang itu Allah beri , rasa cinta Allah cipta. Maka mohonlah padanya.

 “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Catat Ulasan

4 Ulasan

usryabdullah berkata…
seperti yang pernah saya komen dala entri terdahulu, saya juga mengalami seperti ini. Memang kecewa bila kekasih hati tiba-tiba curang dan meninggalkan saya. Sedih tapi berka kesabaran,rupanya tuhan mahu menhadirkan seorang siteri yang terbaik buat saya.
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah 😊😊 saya terpaksa sharing kerana banyak yg bertanya pekra yang lebih kurang.. saya cba untuk ingktkan kembali
paridah berkata…
APA SAJA YG BERLAKU DGN KEHENDAK-NYA...REDA SAJA