gambar hiasan |
Assalamualaikum
Acik, ada seseorang dia minat aku, tapi aku tak suka dia. Aku suka orang lain. Aku tahu dia minat aku dari kawan dia. Tapi.. kata kawan aku.
Hidup ini sememangnya ada pilihan. Pilihan itu terletak pada kita sama ada kita nak yang bagaimana mengikut citarasa kita. Ada ketika kita di uji dengan pelbagai pilihan.Buatkan kita buntu untuk memilih kerana takut pilihan salah.
Cara terbaik menyelesaikannya adalah lakukan solat istikarah. Tetapi dalam soal hati ini lain sikit. Kadang kita suka dekat dia , dia suka dekat orang lain. Kita tak suka dia, dia tak suka kita. Kalau di tanya acik, bagilah peluang pada orang yang suka kita.
Bila mana dia suka kita pastinya dia akan berikan terbaik untuk kita.
Tapi acik ! aku tak suka dia, tak ada perasaan cinta dekat dia, sahut sahabatku.
Ala cinta itu boleh di pupuk tak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Paling penting jangan block hati untuk menerima seseorang baru. Mohon petunjuk Allah dan berdoalah.
Hati kita ini umpama kerak nasi. Andai di simbah dengan kasih sayang dan cinta kerana Allah.Pasti akan lembut jua.
Sebab itu ada orang cinta selepas nikah. Mengenali cinta lebih mendalam setelah seseorang itu jadi yang halal untuk kita.
Bagaimana dia bukan seseorang yang baik, kalau hadirnya hanya menyakiti ?, balas sahabatku.
Kita tak mampu menghukum orang ini baik dan jahat. Tetapi Allah maha mengetahui. Berdoalah padaNya agar di pertemukan jodoh yang baik. Jika kita bertemu kurang baik maka di situ terletaknya ujian untuk sama ada kita membawa kita atau dia membawa kita ke jalan lebih baik.
Pasti ada hikmahnya, jangan melepaskan orang yang benar sayangkan kita.Bak kata orang tua-tua dulu yang di kejar tak dapat yang kendung berciciran.
Selalulah doa dan sebarkan aura positif agar yang datang itu positif juga.
Jodoh itu memang rahsia Allah tetapi bila kita cuba jadi baik dan baiki diri, inshaAllah dia hantar juga yang baik-baik untuk kita.
7 Ulasan
Berkahwin la dengan org yg cinta pada kita,syg pada kita,suka pada kita.. daripada kita suka pada org lain..sebab tidak semua yg kita cinta,yg kita suka akan suka,cinta pada kita sepenuhnya seperti kita cinta,syg,pada diaa.. :)