Assalamualaikum
Alah kalau jodoh tak kemana, tak payah susah nak cari. Nanti adalah tu, kata seorang sahabat.
Sememangnya jodoh kita telah Allah tetapkan dan persiapi untuk kita. Tetapi tidaklah bermakna kita duduk terperuk di dalam rumah berharap dia datang kepada terus ajak nikah.
Perlu ada usaha.
Usaha yang bagaimana ?
Usaha untuk jadi yang terbaik untuk pasangan kita. Menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Baiki diri, pelajari ilmu agama dan ilmu rumahtangga.
Menjadi yang terbaik bukan untuk jadi yang sempurna. Lelaki kena belajar jadi ketua keluarga, bantu isteri masak nanti, jaga anak sama-sama, kemas rumah. Perempuan kena jadi co-pilot yang baik, menjaga rukun keluarga, rajin memasak dan sebagainya.
Imam Hasan Al-Bashri berkata:
“Seorang Mukmin adalah pemimpin bagi dirinya. Dia senatiasa bermuhasabah diri kerana Allah. Sesungguhnya pada hari kiamat nanti hisab akan menjadi ringan terhadap orang-orang yang telah bermuhasabah diri di dunia… Dan sesungguhnya pada hari kiamat hisab akan menjadi amat berat terhadap orang-orang yang mengerjakan semua urusannya tanpa didahului dengan bermuhasabah diri.”
Dalam muhasabah diri kita juga harusnya kita baiki bab ibadah kita. Jaga solat, perbanyakkan pekara sunat, puasa dan sebagainya untuk persiapan di hari kemudian.
Jarak yang Allah beri untuk kita temui jodoh adalah untuk proses muhasabah diri. Mungkin juga si dia sedang baiki diri dan sedang mencari kekuatan berkali-kali kecewa. Untuk kita dan dia persiapi dari segi material dan fizikal.
Kita mencari jodoh kita adalah untuk perhubungan yang serius iaitu perkahwinan dan ianya merupakan tanggungjawab yang besar.
Jodoh tak akan datang bergolek jika kita tak usaha. Tak doa dan cuba baiki diri kita.
Jangan nanti jodoh kita adalah terima kad undangan perkahwinan si dia.
Jika ada calon jagalah perhubungan dan pergaulan. Jika rasa sudah stabil jangan di lengahkan lagi.
Bagi yang menanti jodohnya, baiki diri, inshaAllah bila masa yang tepat Allah akan gerakkan hati kita dan dia untuk bertemu pada masa yang tepat dan keadaan yang tepat.
Ianya perlukan tindakan juga, kita berkenan merisiklah dia.Buktikan tindakan untuk hubungan yang halal.
Ianya perlukan tindakan juga, kita berkenan merisiklah dia.Buktikan tindakan untuk hubungan yang halal.
Selalu bersangka baik dengan Allah.
2 Ulasan
berusaha dan berdoa semoga Allah ketemukan dengan jodoh yg baik²..InsyaÁllah