Ticker

6/recent/ticker-posts

Kawan Baik Tapi Kenapa Kawan Baik Sendiri Yang Menyakitkan Hati?


Assalamualaikum

Acik !! susahkan nak cari sahabat dan kawan yang bai !! sangat menyakitkan hati kata seorang sahabat.

Aku hanya diam seketika, kalau soal sahabat ini pada aku ianya bermusim. Sangat susah untuk mendapat sahabat yang baik tetapi ianya ada.

Kenapa aku kata ianya bermusim ?

Sebabnya ianya adalah untuk tempoh tertentu. Ketika mereka susah kitalah di cari. Kita dia senang tanya khabar pun tidak.

Ketika minta tolong sesuatu, masa itulah manis bicaranya lebih manis dari gula. Gunakan kau untuk kepentingan mereka itu biasa.

Tapi sabar, jangan cepat emosi!



Sahabat dan kawan baik juga manusia. Mereka ada khilaf dalam tak sedar. Walaupun satu ketika dahulu pernah kena pulaukan rakan sekelas, aku pernah di khianati kawan baik sendiri dan kawan baik sendiri tikam belakang.

Itu semua sebahgiaan dari ujian dan asbab untuk kita lebih dekat dengan Allah. Pahitnya ujian itu mendewasakan kita.

Bila kau sudah habis belajar, kau sedar sebenarnya kau tak banyak kawan. Saat itu baru kau sedar bahawa mak dan keluarga adakan sahabat yang baik ketika kau susah dan senang.

Pada aku sahabat dan kawan baik kita adalah cerminan diri kita. Jika kita cuba jadi kawan yang baik maka yang baik juga,mendekat. Jika hati kita di hiasi titik hitam, maka yang datang juga ada niat tertentu.

Allahuakbar, rindu pula pada sahabat yang baik dengan Allah. Satu pekara yang perlu kau tahu, walaupun kita jarang berjumpa.Doa aku tak pernah lekang untuk kau sahabat. Lagi-lagi yang banyak tolong aku. Al fatihah kepada sahabatku yang telah menghadap ilahi.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Doakan moga kita jadi sahabat dan kawan yang baik untuk kawan-kawan kita. Serta di kurniakan sahabat dan kawan yang baik juga untuk kita.

Catat Ulasan

5 Ulasan

At-Tarmizi berkata…
memang sakit kalau kawan tikam belakang ni =(
usryabdullah berkata…
Saya tak ada pun istilah sahabat baik dari dulu sampai sekarang. Bukan tak ada, ada tapi just kawan biasa saja. Cuma rapat gitu2 je. kalau nak pinjam RM10 ke RM20 tu, kira boleh la tolong. Lebih2 saya tak boleh tolong sebab saya takut. Dulu ada tolong, tapi disebabkan RM100 sampai sekarang sahabat/ kawan saya tu dah tak nak kawan dengan saya. Bukan saya yang pinjam duit dia, tapi dia yang pinjam duit saya.. So....
paridah berkata…
Kita perlu memilih kawan yg membawa kita kearah kebaikan bukan sebaliknya n menyusahkan kita pula
Cik Nor berkata…
good entry..:)