Ticker

6/recent/ticker-posts

Takut Untuk Berkahwin Kerana Trauma Kegagalan Rumahtangga Mak Ayah ?



Assalamualaikum

Kes perceraian semakin tinggi di Malaysia. Di sebalik perceraian tersebut ada jiwa-jiwa yang terangkap dengan trauma dan takut untuk berkahwin.Hal ini berlaku di sebabkan oleh kegagalan rumah tangga mak ayah mereka.

Aku sendiri antara mereka yang takut untuk berkahwin kerana melihat kegagalan rumah tangga orang di sekeliling. Kes pukul isteri,tak beri nafkah dan sebagainya. Memang gerun, tapi itu bukan bermakna aku tak mahu berkahwin.

Siapa pun mesti mahu untuk bernikah dan berkahwin. Apa yang boleh aku lakukan adalah baiki diri kita dan ambil pengajaran atas apa yang berlaku terhadap orang sekeliling. Bukan menghukum tetapi ambil sebagai tauladan.

Kita berhak untuk hidup bahagia dan apa yang terjadi adalah sebagai ujian dan pengajaran untuk kita lebih dekat dengan Allah.

Seharusnya kita yang mempunyai pengalaman ini menjadikan kita manusia lebih dewasa dan lebih baik.

Jangan jadikan alasan perceraian mak ayah kita untuk jadi insan pendendam dan jadi lebih buruk. Allah menyebut di dalam Al-Quran bahawa Syaitan akan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara antaranya ialah dengan angan-angan yang memperdayakan : "Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka." (Al-Baqarah : 216)

Allah befirman : "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (An-Nisa : 120)


Kita berhak menentukan kehidupan kita. Bagaimana untuk tidak masalah itu berulang ?

Pertama : Dekatkan diri dengan Allah.
Kedua : Pelajari tentang ilmu rumahtangga
Ketiga : Bawa perbincang jika ada masalah
Keempat : Doakan semoga dapat jodoh yang baik.

Akhir sekali , Segala yang berlaku kepada mak ayah sudah ditakdirkan begitu. Begitulah qada’ dan qadar yang Allah tulis buat mereka bahawa jodoh mereka sampai di situ saja. Mereka pasti tidak inginkan perceraian, tetapi itulah sahaja jalan terbaik untuk kedua-dua mereka. 

Tapi, itu tak bermakna anak-anak mereka jadi anak yang tak sempurna. Jika rumah tangga mereka tidak bahagia, tak bermakna anak-anak mereka tak berhak hidup bahagia dan tak boleh membina keluarga bahagia juga. Bahagia itu terletak dalam hati, sejauh mana kita mensyukuri nikmat dan kesempatan yang Allah berikan kepada kita. Bahagia itu, kita sendiri yang usahakan.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Unknown berkata…
Bagusnya sharing. Betul tu, tak semestinya sama. Yang penting sentiasa berdoa dan berusaha agar sentiasa bahagia.
usryabdullah berkata…
Satu perkongsian yang bagus.