Ticker

6/recent/ticker-posts

Fakta Perwatakan Tentang Anak Tengah Yang Perlu Kamu Ketahui


Assalamualaikum

Acik kau anak no berapa ? , tanya seorang sahabat

Eem aku no 4 , jawabku.


Kejap eh aku nak baca tentang anak tengah-tengah nie. Eh kenapa tak ada? ada tentang anak sulong, anak ke 2, anak bongsu. Macam mana anak yang berada di tengah-tengah ?
sambungnya lagi.

Sememangnya kebiasaan orang akan tumpukan anak no,satu, dua dan terakhir melalui perwatakan mereka. Tetapi kurang pula orang nak berkata soal anak nombor 3,4,5,6 dan seterusnya.

Perwatakan yang perlu kamu tahu ialah:

1. Mereka jenis bertolak ansur.

Kerana keadaan tersepit di tengah kadang terpaksa mengalah dengan angah yang di katakan agak "degil" dan adik yang terlalu manja. Jadi nak tak nak terpaksa mengalah dalam sesuatu pekara.

2. Mudah di pengaruhi

Sifatnya mudah di pengaruhi keadaan sekeliling terutama dari abang dan kakaknya. Perwatakan di bentuk hasil "ikut-ikut" perangai abang dan kakak. Haha teringat pula dulu pernah kena sebat dengan getah paip sebab ikut abang mandi sungai.

3.Pendengar yang baik dan pemerhati yang baik.

Dalam adik beradik , anak yang tengah adalah pendengar yang baik kerana mereka boleh memerhati dan analisis keadaan semasa. Dia juga memahami adik beradiknya jadi dia nampak dan tahu apa yang berlaku.


4. Agak jiwa sensitif

Kenapa sensitif ?

Kerana pada dia mak ayah selalu menumpukan kak angah dan adik. Jadi mereka kadang di minta untuk lebih berdikari dan matang dalam sesuatu pekara. Kena mengalah lagi, kadang jiwa sentap tu datang tak di undang. hahaha

5. Lebih matang 

Dia dah biasa untuk berdikari dan kebiasaannya membuat pilihan sendiri. Kadangkala abang, kakak mahupun adil selalu meminta pandangan darinya. 

6. Lebih penyayang dan memahami.

Setelah apa yang berlaku dengan adik beradiknya. Dia lebih faham dan cuba bantu yang lain. Dia lebih menghargai setiap masa yang ada lagi-lagi bersama keluarganya.

7. Dia selalu tertanya " aku anak angkat ke ?"

Main permainan dengan adik,adik nangis kita kena marah. Kakak marah kalau salah sikit, mak membebel. Kadang terfikir "aku nie anak angkat ke ? " semua orang nak marah ! Kadang keliru haha.

8. Jenis pendiam

Memang dia jenis pendiam, kadang cakap lebih kena marah. Jadi diam itu lebih baik. Sampaikan kadang mak ayah tak percaya yang kita pandai bergaul. Pendiam di rumah, banyak bercakap dengan rakan.

eh cukup dululah, kalau kamu ada point nak tambah silalah rajinkan diri komen di bawah. kita saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Nieyla Nadia berkata…
singgah pagi...
kalau my sister anak ke-4 dia jenis yg tak banyak ckp tapi klu sekali dia bercakap wow!very the bisa okey..hihi.. :)
Nory Zoulkefle berkata…
Eh betulll lah...kite pon anak tengah2 jugak...part pendiam tu memang betul...tapi kalau dah bersembang, okey je...hehehe
aswaleyla berkata…
ooww mcm ni ank tngh rupanya.hehehe
paridah berkata…
Anak tengah lbh bertuah sbb ada abang kakak n adik...