Sedang kyusuk ku bergolek di hari minggu, tiba-tiba handphone berbunyi, eh siapa pula yang mesej petang hari nie ?
Tercatat nama dia.Linda, oh seorang kenalan sewaktu di politeknik. Ku gigihkan membaca mesej;
Assalamualaikum, acik ingat Linda lagi? Acik aku sedihlah kemana aku pergi pasti ada perli aku. Dah berusia tapi belum temui jodoh. Bukan aku nak kawin lambat. Tolong bagi semangat pada aku acik.
Acik suka ingatkan diri acik dan pembaca blog acik .Jangan merendah-rendahkan sekiranya ada orang berkahwin lambat..
Kerana..
Cepat atau lambatnya seseorang itu ditakdirkan berkahwin, bukanlah bererti seseorang itu mulia atau hina disisi Allah Ta'ala.Bukan semua yang lambat berkahwin itu mahu ianya terjadi.Namun hakikatnya, Allah lah yang telah mengatur perjalanan hidupnya sebegitu rupa..
Sekiranya kamu merendah-rendahkan orang yang lambat berkahwin, sebenarnya kamu telah 'merendah-rendahkah' takdir Allah yang ditetapkan keatasnya..
Bukan lebih elok, sama-sama kamu bantu dia. Bagaimana caranya ?
Pertama melalui doa ,semoga Allah permudahkan soal jodohnya.
Kedua bantulah dia dengan taaruf dengan orang yang kita kenali yang baik agamanya.
Kekadang lambat tak semestinya derita, dan cepat itu tak semestinya bahagia.Semuanya terpulang pada diri masing-masing untuk bagaimana membawa kebahagiaan itu kedalam perkahwinannya..
Mungkin lambat ia ditakdirkan seseorang itu berkahwin kerana Allah ingin mengurniakan seseorang yang lebih baik kepadanya :)
Wahai hati yang membaca, bersangka baiklah dengan Allah.
16 Ulasan
kalau lambat kahwin tu bukan bermakna tak laku ya...
jodoh Allah itu ada cuma masa mungkin belum sesuai...
jadi,tak perlu la nak perli org yg lambat kahwin nie...
lebih baik doakan semoga Allah cepatkan jodoh mereka...:)
insyallah jodoh tu ada cuma belum
sampai masanya kan...