Setiap orang mempunyai cerita tersendiri,ada pengalaman yang bahagia, ada pengalaman yang buruk. Sehingga memberi kesan kepada kita dan hingga membuatkan kita lebih prajudis untuk cinta yang akan datang.
Pekara penting adalah muhasabah diri dan cubalah lihat kembali jika bagaimana pembawakan cinta kita. Kita boleh elakkan untuk tidak beri ruang dan peluang untuk di sakiti lagi.
Kamu kena "reject" dia jika dia ada ciri ini tak kira lelaki mahupun perempuan
Pertama : Baru kenal suka pegang tangan dan anggota lain
Jika di peringkat awal dia tidak menghormati kamu dan berani untuk lakukan sedemikian rupa. Bahaya !! itu bukan cinta tapi nafsu. Jagalah pergaulan dan jagalah maruah diri.
Kedua : Suka berbual pekara lagha
Pekara lagha itu adalah pekara yang sia-sia. Lagi-lagi berbual berkaitan perkataan yang kotor dan lucah. Jangan di layan, kerana semakin di layan semakin jadi. Jauhi.
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
-Al Israa' ayat 32-
Ketiga : Terlalu berkata manis boleh potong kaki.
Jika seseorang itu mudah katakan sayang, cinta, penuh dengan bunga-bunga setiap masa. Sehingga kamu sanggup buat apa sahaja untuk dia. Jika dia mudah ungkap sayang dan sebagainya dan mungkin juga di boleh berbicara pada orang lain begitu juga. Hati-hati, bersederhanalah.
Keempat : Terlalu Materialistik
Tak kisahlah lelaki atau perempuan.Kalau seseorang lebih materialistik, meminta duit untuk tanggung dia, belanja dia. Seolah suami isteri, pahadal tiada ikatan sah ! Hati-hati jangan jadi mangsa.
Kelima : Kaki pukul
Kalau dah sayang semua pekara dia tak kisah. Sehingga diri dia di cederakan di katakan mendidik. Kalau sebelum kawin di berani pukul kamu, apa lagi dah kawin nanti ?
Keenam: Tak hormat orang tua
Ada jenis manusia tak makan nasihat orang, dengan orang tua kasar dan tak beradab. Bagaimana nanti dengan mak ayah mertua ? Setiap kali balik kampung bergaduh hingga bermasam muka,?
Ketujuh : Tidak menjaga hubungan dengan Allah.
Hal ini adalah perkara paling penting. Jika pekara ini tak di jaga, pekara lain mungkin diambil mudah. Jika dia tak jaga satu ini pekara di atas semua boleh di lakukan atas kepentingan diri sendiri.
Acik menaip ini untuk ingatkan diri acik dan pembaca blog acik. Bukanlah kita bersifat prajudis tetapi lebih kepada berhati-hati. Jika kita jaga cinta Allah maka Allah juga jaga cinta kita.
Jika ada ciri di atas tetapi ingin berubah, kami alukan.
Jika ada ciri di atas tetapi ingin berubah, kami alukan.
Jadi marilah kita muhasabah diri sama-sama.
7 Ulasan
masa kurang senang di tak suka..
sedihkan..