Setiap manusia terlahir begitu indah, apabila terlahir kedunia penuh dengan kegembiraan. Tetapi ada tikanya kita di uji dengan pelbagai coretan hidup.
Ada yang di lahirkan dengan kesempurnaan sifat dan ada di lahirkan dengan kelainan upaya.Kedua-dua adalah ujian untuk kita untuk kita lebih dekat dengan Allah.
Begitu juga setiap manusia itu ada kelebihan dan kekurangan yang telah di takdirkan. Ada yang bangga dengan kelebihan dan ada yang berjaya dengan kelemahan mereka membina menjadi kekuatan.
Acik terpanggil menaip entri ini apabila melihat keazaman, keberanian dan semangat yang di zahirkan oleh atlet Malaysia. Suatu ketika kita berharap dan bermohon pada tuhan agar di permudahkan dalam pencarian emas pertama Olimpik. Ketika itu semua berduka apabila hanya menang perak dan gangsa.
Tetapi walaupun mereka bukan jadi tumpuan. Mereka membuktikan walaupun mereka mempunyai kekurangan tetapi kerana semangat mereka.Mereka hadiah emas untuk Malaysia. Bukan satu malah tiga emas. Membuka mata banyak pihak, begitu hebat perancangan Allah.
Jangan mudah menilai dan menghukum orang lain. Pada kita kita banyak dosa, tetapi mana tahu amalan dia lebih banyak dari kita. Dia lebih mulia di sisi Allah.
Kelemahan seseorang itu bukan penghukum tetapi sebagai asbab untuk kita sentiasa berdoa dan berharap pada Allah. Secara tak langsung kebergantungan kita padaNya secara total.
Ujian Allah dalam pelbagai bentuk, OKU adalah sebahagian dari masyarakat kita. Sebagaimana mereka merupakan ujian Allah kepada kedua orangtua dan keluarga mereka, mereka juga adalah ujian kepada kita. Dengan segala kekurangan yang mereka miliki serta kelebihan yang ada pada kita, bagaimanakah kita berinteraksi dengan mereka? Apakah kita menggunakan kelebihan-kelebihan kita untuk memudahkan mereka atau apakah kelebihan-kelebihan kita itu mengaburkan mata hati kita terhadap keperluan-keperluan mereka lantas menafikan hak-hak mereka terhadap kita? Bukankah nikmat-nikmat yang kita miliki ini juga merupakan ujian Allah buat kita?
Apa pun tahniah buat Ridzwan , Ziyad dan Abdul Latif kerana mengharumkan Negara dengan kemenangan Emas di Paralimpik.
7 Ulasan
KITA HANYA MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA.
https://belogs.blogspot.my/
rezeki dari Allah swt
hanisamanina.com