Assalamualaikum
Dari kejauhan hati rasa rindu mula tatkala teringan pada si rembulan yang sering memapar sinarnya. Setiap hari dan setiap waktu dia tak lekang dalam ingatanku dan dia adalah penawar kehidupanku . Dia adalah Mak.
Mesti biasa dengar orang cakap Syurga itu di bawah telapak kaki mak atau ibu.
Dari kecil lagi acik di beritahu hal tu, kadang buat acik sendiri berkali terfikir, adakah benar syurga itu di bawah telapak kaki ibu ? ingat lagi masa kanak-kanak masa mak sedang tidur ,acik check kaki dia sebab nak tengok macam mane syurga tu.
Dan perasaan nak tahu itu membuak sampailah acik dah besar sekarang. Acik cari tahu sendiri. Kenapa mereka katakan syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Acik lihat sendiri bagaimana ketika kakak acik mengandung,dia kemain suka lagi.
Ketika Mengandung
pemakanan di jaga dan mulalah mencari tahu apa yang boleh dan tak boleh ketika mengandung. Dia mula merubah pemakaian yang dulu suka high heel dah tukar jadi jenis yang kasut "lower".dia berhenti melakukan aktiviti yang dia suka buat.Dia pergi ke doktor kerap kali, hanya untuk memastikan bayi dalam keadaan sihat.Dia menjaga kata-katanya, supaya bayi tidak akan mendengar apa-apa kecuali perkataan yang baik.Dia sangat gembira untuk melihat tubuhnya berkembang kerana bayinya semakin membesar.Dia mencari nama yang terbaik untuk memberi kepada anaknya.Dia tidak peduli tentang loya, sakit perut, sakit belakang dan lain-lain lagi.Dia mahu memberikan yang terbaik untuk bayi, makanan terbaik, pakaian terbaik, katil terbaik, mainan terbaik, dan sebagainya.
Bila sudah melahirkan
Dia jaga siang dan malam, Dia kadang tak tidur kerana menjaga dan memberikan susu bila tiba masanya.Hiudpnya lebih di utama bayi yang comel itu, kalau berbelanja pekara yang selalu di ingati adalah keperluan di kecil.
lihat pengorbanan yang besar di lakukan untuk kita. Dan sakit saat melahir itu adalah rasa sakit yang utama rasa sakit di dunia ini. Baru acik faham, kenapa ada orang cakap seperti itu.Mak pernah berkata pada acik, ibu ini walau bagaimanapon anaknya ,jahat atau baik dia tetap sayang dan terima seadanya.Kuatnya kasih sayang mereka.
Ye kalau tak ada ayah , macam mana anak terhasil , ayah juga penting dalam hidup kita, Dia yang akan selalu bantu ibu kita untuk menjaga kita. Kita kena Hormat mereka berdua.
Bila dah besar nie acik dah faham sebenarnya "Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu " ini adalah satu pautan kata yang ingin kita fahami bahawa ibu adalah segalanya untuk kita, ibu memberikan pengharapan dalam hidup dan doa ibu itu adalah lebih mujarab.Dan salah satu penghormatan kita kepada ibu yang melahirkan dan membesarkan kita.
Ustaz pernah berkata dengan acik, kalau redha seorang ibu tiada untuk anaknya maka tiadalah redha dari Allah, jika murka seorang ibu terhadap kita , begitu juga murka Allah terhadap kita. kata kata ibu dan doa mereka bagaikan penawar dalam hidup kita. Merekalah penenang hidup kita.
Wahai kaumku jangan pula kalau rasa tak puas hati kerana kenapa asyik ibu saje di berikan keutamaan ? sedangkan kita juga turut membantu dan ayah juga perlu di hormati.
Memang betul,ayah sangat perlu di hormati dan di kasihi seperti kita sayang ibu.
Ingatan bersama kepada semua :
Ingatan bersama kepada semua :
9 Ulasan
kasih sayang tidak boleh dibeli
dengan wang ringgit,hormati dan jagalah,
ibu bapa selagi kita mampu...
dan sedekahkan lah surah Al-fatihah tiap2 hari utk
ibu bapa .....rehda allah swt hingga ke akhirat
jadi,kedua-duanya perlu kita hormati,perlu kita jaga mereka...
insyaÁllah..:)