Ticker

6/recent/ticker-posts

Tips Menjaga Sugar Glider Bagi Yang Baru Berminat Untuk Membelanya



Assalamualaikum

Rasa teruja pula acik nak kongsikan pengalaman menjaga sugar glider milik kami. Kami beli dari penternak sugar glider dan usianya juga masih muda. Bila berkumpul dengan pemilik sugar glider banyak maklumat.

Acik nak kongsikan pengalaman menjaga sugar glider yang kami beli dari perternak sugar glider.

Pertama sekali, kamu kena ketahui sugar glider ini ragamnya berbeza dan setiap sugar glider ada perangainya yang tersendiri. Ada yang suka menyendiri, ada yang aktif, ada yang garang dan ada yang pemalu.

Jadi ianya jadi tugas kamu untuk menjinakkan mereka dan bina hubungan yang baik dengan mereka. Bina kepercayaan.

Sugar Glider perlu di mandikan ?

Mula-mula acik fikir , bela sugat glider ini susah,sebenarnya tak pun.Kerana sugar glider ini jenis pembersih.Dia membersihkan badannya dengan mejilat-jilat tubuh badannya. Walaupun dia berak, senang nak bersihkan sebab taiknya seperti taik tikus. Tapi untuk nampakan dia kelihatan bersih acik gunakan tisu basah untuk bersihkan badan dia dan gunakan wangian haiwan yang boleh di dapatkan di kedai haiwan.

Bagaimana makanan sugar glider ?

Mulanya risau juga, dia makan tak banyak takut di kurus. Rupanya dia makan sikit je. Sugar glider acik dia suka makan buah -buahan terutama betik , pulasan dan rambutan. Dia suka buah-buah yang manis. Mereka jenis memilih sikit nak makanan yang segar.


Kalau nak bagi jangan banyak, potong dalam bentuk dadu dan beri pagi dan malam sekali .Pelbagaikan makanan seperti ayam rebus, telur rebus, buah-buahan, sayur-sayuran, dan tambahkan pallets sebagai supplement.

Kebersihan sangkar menjadi keutamaan.

Jangan biarkan sangkar kotor, pastikan selalu bersihkan. Untuk biarkan sugar glider selesa. Jangan risau taiknya senang untuk di bersihkan  

Jangan lupa potong kuku sugar glider 

Maka bercalar-calarlah tubuh badan kamu kalau biarkan kuku dia panjang dan tajam. Lagi best kalau dia bad mood memang mencakarlah jawabnya.Macam acik memang tak berani nak potong kuku dia. Jadi adik hantar ke klinik haiwan untuk potong.

Bina hubungan yang baik dengan sugar glider.

Sugar glider pada mula memang garang lagi dengan bunyi yang di hasilkan. Tetapi kamu kena yakinkan dia, bawa dia jalan-jalan dengan letak dalam beg pounch or poket tu. Jangan biarkan dia terperuk dalam sangkar sahaja.Adik acik dia suka bawa jalan-jalan naik motor.

Tapi berhati-hati sugar glider nie nijak dia pandai buka zip dalam beg poket tu. Dalam sangkar pun pandai dia buka , jadi hati-hati.

Cara Manjakan Sugar Glider ?

Caranya itu bergantung perangai sugar glider. Macam acik punya dia agak liar sebab dari penternak jadi memang kena bagi masa dan selalu mencuba bina kepercayaan. 

Caranya usap badan mahupun di bahagian leher dan kalau kena gigit tu jangan serik.Sebab dia gigit-gigit manja., lama-lama gigitan jadi jilatan tanda sayang.Bila dah buat baik dengan dia beri upah makanan tanpa menghargai dia. Fuhh jaga sugar glider ini macam jaga anak juga.

Ermm sampai sini dulu, kamu ada pengalaman ?

Kalau ada jomlah kita tukar pengalaman. Komen di bawah.

Catat Ulasan

8 Ulasan

Unknown berkata…
Eeeiii geli nak pegangg.. lagi pun ss memang x boleh ada pet.. malas nak jaga huhu
zarul farhana berkata…
suka main2 ngan dia..tapi xsuka bela..hihi
Unknown berkata…
Tak pernah dapat pegang lagi. Tengok depan mata pun tak. 😂
Unknown berkata…
Tp gigitan manja 2 smpai berdarah... ada cara lain x nk manja kn sugar glider nie...
Unknown berkata…
takpe ke kalau kita potong kuku dia? mcm mne dia nak panjat ii nanti?
Unknown berkata…
and boleh tak nak tarik ekor dia?
Unknown berkata…
Asal banyak typo ni
Unknown berkata…
First time beli mmg kene gigit😭😭 boleh tahan sakit die😭👍