Assalamualikum
Fitrah manusia ingin memiliki dan di miliki. Soal jodoh menjadi perbualan hangat di mana sahaja. Siapa dapat meramal tentang soal jodoh.
Umur dah dekat 30 tahun, tapi belum ketemui jodoh.
Ishh dah dekat 40 tapi masih membujang.
Usia semakin meningkat, tetapi dalam soal jodoh itu masih lagi samar-samar. Tetapi kita biarkan umpama kapal lepaskan sauh. Berada di tempat yang sama tiada tujuan.
Kalau dah jodoh, umur 60 tahun boleh berkahwin. Jangan putus asa, jangan bersangka buruk dengan Allah.
Mana tahu dia sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita. Di lambatkan jodoh kita untuk kita bantu adik beradik kita yang susah, boleh jadi Allah nak kita bahagiakan mak ayah kita dulu. Segalanya ada kemanisannya walaupun lambat kita nampak.
Dah tu, Apa perlu kita buat ?
Paling penting, kamu baiki diri hubungan dengan Allah. Kadang dalam tak sedar hubungan kita dengan Allah kita rengang. Kita solat tapi kurang bersedekah, zikir pun kadang-kadang.
Baiki hubungan dengan perbanyakan zikir, buat solat taubat dan lakukan solat hajat agar di permudahkan soal jodoh.
Antara doa di makbulkan soal jodoh
Dalam masa sama jangan lupa berdoa. Berdoa agar pertemukan jodoh kita. Cubalah berdoa dalam masa-masa doa kita di makbulkan seperti berdoa ketika hujan dan antara waktu mustajab untuk berdoa adalah ketika upacara akad nikah. Malaikat berada di majlis semulia itu yang insya-Allah akan memudahkan doa-doa yang dibaca ketika itu dimakbulkan dengan mudah.
Berdoa tiap kali selepas solat. Disarankan berdoa bersama ibu bapa dan keluarga, supaya energi doa itu menjadi lebih kuat dengan izin Allah.
Sebaiknya tiap kali berdoa, beristighfar terlebih dahulu, selawat kemudian nyatakan doa secara spesifik.
Jangan lupa juga sedekah, agar di permudahkan urusan kerana kita permudahkan urusan orang lain.
Pada masa jangan malu minta tolong pada saudara mara dan ustaz mahupun ustazah dalam mencari jodoh. InshaAllah kalau dia jodoh kita Allah satukan.
Wahai jodoh, jangan terlalu lama sesat,aku kian berumur. Semoga Allah permudahkan urusan kita.
Syarat utama adalah kita yakin Allah akan berikan kita pasangan. Ia ada dalam firman Allah,
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yaasin: 36)
10 Ulasan
dan mungkin apa yang dia tentukan adalah terbaik untuk diri kita ini.
Kahwin itu satu amanah dan tanggungjawab bukan suka suka
dan mungkin apa yang dia tentukan adalah terbaik untuk diri kita ini.
Kahwin itu satu amanah dan tanggungjawab bukan suka suka
apa² pun sentiasa berusaha dan yakin dgn jodoh Allah.. :)
insyallah ada jodoh tak kemana...
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Artinya: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik." (QS. Al-Anbiyai`: 89).
Semoga kita semua dibuka hijab antara jodoh masing2.. Amin
آمين آمين يارب العالمين