Assalamualaikum
Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah.Kalau Allah saja dia boleh tinggalkan apalagi kamu.
Saat membaca hati ini rasa gundah dan sedih acik. Tapi aku tak nafikan, untuk bahagia kita kena cari cinta Allah. Kata sahabatku.
Begitulah , hidup kita adalah satu perjalanan yang panjang. Ada tika kita berhenti di setiap persimpangan. Di uji dengan pelbagai ujian.
Untuk dapat yang baik, kita kena berusaha jadi baik. Jodohmu juga sedang berusaha jadi baik.
Bercinta itu fitrah kita sebagai manusia,tetapi kita jugalah yang mencorakkan kisah cinta kita. Bagaimana pembawa kita untuk cinta yang kita dambakan ?
Keluar sampai lewat malam, naik motor sama-sama. Jalan pimpin tangan,upload gambar berpeluk caption #tilljannah dan keluar dating tinggal solat semua.
Tetapi bila kecewa , di tinggalkan kekasih, putus cinta.Kamu salahkan Allah, kenapa di uji begitu ? Kenapa Allah tak adil ?
Sedangkan itu kerana perbuatan kita. Jauh dari Allah, terlalu ikut hati dan nakkan kebebasan dunia.
Tanya diri kamu, adakah cinta seperti itu yang kamu mahukan ?
Allah sayang kita, berkali kita buat salah dia tetap bantu kita. Beribu kali kita buat dosa beribu kali Allah berikan nikmatNya.
Hingga satu saat Allah berpaling pada kita membiarkan kita.
"Di antara tanda-tanda Allah berpaling daripada seseorang ialah Allah menjadikan kesibukannya pada perkara-perkara yang tidak bermanfaat bagi dirinya."
Andai kau punya hati, kembalilah. Jangan pilih jalan hitam jangan kembali ke masa lalumu.
Kembalilah kepada tuhamu. Jika seseorang yang kamu cinta mampu tinggalkan tuhannya , tiada mustahil di mampu tinggalkan kamu berkali-kali.
3 Ulasan
"Di antara tanda-tanda Allah berpaling daripada seseorang ialah Allah menjadikan kesibukannya pada perkara-perkara yang tidak bermanfaat bagi dirinya."
Amat mendalam kata-kata ini.
Andai kau punya hati, kembalilah. Jangan pilih jalan hitam jangan kembali ke masa lalumu. Jika
Dunia akan pergi,
Cinta pada manusia,
Manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana dialah
Yang Kekal Abadi