Acik, aku pelik kenapa setiap kali aku "couple" tak kekal lama. Macam-macam masalah aku dengan dia walhal benda remeh! aku cukup jaga dia baik-baik orang kata till jannah tapi kesudahannya tak indah, Kata sahabatku.
Erm cinta kepada Dia , macam mana , jaga tak ?Sahutku.
Maksud kau ? , balas sahabatku.
Cinta kau kepada dia dan cinta pada Maha pencipta. Kadang Allah uji kita untuk lihat sejauh mana cinta kita. Adakah sehebat cinta kita pada seseorang itu,adakah lebih hebat cinta kita pada Maha Pencipta.sahutku lagi.
Ermm kau selalu buat aku terfikir acik.. ermmm , hanya berbalas perlahan.
Allahurabbi,
Maha suci Allah, menghamparkan kasih sayangnya kepada kita.Setiap detik dan waktu merupakan nikmatnya yang tidak di pinta untuk di balas.
Kita mampu bahagia dengan dia, 24 jam bermesej, bertelefon, whatsapp. Bertemu , berjanji setia, berhabis duit untuk pastikan dia bahagia. Tetapi bagaimana dengan cinta kepada Allah. Allah merindui kita, rintihan kita dan meletakkan tepi ego kita untuk bermohon dengan Allah.
Doa adalah komunikasi yang sangat berkesan,berdoalah.Berapa lama kita berzikir, berselawat ?
Solat kita adakah kita jaga ?
Jawapannya ada dalam diri kita sendiri. Hanya kita mampu mengangguk atau mengelengkan kepala.
Tapi kenapa bila kita kecewa , kita salahkan takdir. Kita salahkan Allah ?
Kita marah-marah Allah,makin jauhi dariNya. Sedangkan Allah sayang kita, dia mahu yang terbaik untuk kita, tak mahu kita hanyut di bawa perasaan.
Maka Allah uji kita dengan ujian yang pelbagai. Bersangka baiklah dengan Allah.
Mungkin yang pergi itu cinta , tetapi yang datang itu jodoh. Dalam kita sedang sibuk kecewa. Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita.
0 Ulasan