Assalamualaikum
Kadangkala mereka yang berbadan besar rasa kurang yakin dengan pebampilan diri. Risau pada mata yang melihat. Walauapapun alasan kita harus jaga penampilan kita.
Acik pernah pergi "Personal Gromming Classes". Jadi mari acik kongsikan sedikit kepada kamu semua.Pemakaian untuk lelaki berbadan besar
1. Jangan memakai pakaian yang longgar
Ramai yang lelaki badan besar lakukan kesilapan ini apabila sering memakai yang terlalu besar dari badan kamu. Memang tak nafikan kita ini bersaiz besar dan mahu sembunyikan badan kita , tampil ideal tetapi sebenarnya salah dan tak sesuai dengan kamu ,dia buatkan kamu nampak lebih besar. Cuba menggunakan pakaian yang pas dengan badan kamu jangan terlalu longgar dan ketat, yang penting yang sedang-sedang sahaja.
2.Pilih warna yang sesuai
Lelaki badan besar ini amat sesuai mengayakan pakaian berwarna hitam .Ahh warna hitam salah satu warna yang dapat membuat ilusi seolah-olah kamu nampak lebih kurus. Tak boleh ke pakai baju warna terang-terang ?
tak di galakkan kerana ia akan lebih menonjolkan aset kamu terutama tang perut tu. Jangan pilih terlalu terang mahupun warna yang mempunyai lebih 3 jenis warna. Pastinya ia mengikuti juga warna-warna kulit kamu.
3. Gunakan pakaian yang mempunyai unsur dan corak yang kecil
Kenapa perlu menggunakan motif corak yang kecil ? kerana ia akan menarik perhatian untuk mereka yang melihat tertumpu pada motif tersebut. Pastikan memilih corak yang memanjang ataupun menegak kerana ia menampak kamu lebih kurus, kalau suka pakai baju kotak-kotak pastikan coraknya kotak-kotak kecil. Elakkan pilih corak yang melintang dan melebar kerana ia akan menampak lebih besar.
4. Jangan membeli pakaian jenis kain yang lekat pada badan
Elakkan membeli pakaian yang jenis kain lekat ataupun memberi pada badan. Kerana ia anak menampakkan bonjolan badan dan bentuk badan yang tak ingin di lihati.Jadi belilah kain-kain pakaian yang bersesuaian.
5. Pakaian jenis V neck
Kalau mahu keluar bersiar-siar ataupun keluar boleh juga memakai pakaian jenis v neck kerana ia akan menampakkan leher yang ramping. Mengayakan pakaian v neck ini menampakan bagian leher kamu berbanding dengan pakaian jenis yang lain.
6. Memakai Jaket Atau Blazer
Kadang malu kalau perut itu menonjol dari yang lain, jadi caranya boleh juga di tutupkan dengan memakai jaket atau blazer. Pastikan warna kena iaitu pakaian yang warna gelab. Pilihlah jenis yang tak perlu di kancing di bagian tengah kerana ia akan buatkan kamu tak selesa.
7. Memakai seluar jenis "low rise style "
Dulu pengajar acik sangat menekannya bahawa pemilihan seluar juga penting kerana ia membantu menampakkan kita lebih kurus.Jenis yang sesuai adalah jenis "low-rise style" ataupun seluar yang melingkari di bahagian punggung. Jangan pakai seluar jean atau seluar yang ketat di bahagian perut dan jenis ketat di bahagian di bahagian peha. Kerana ia akan menampak kamu lebih berisi.
8. Memakai pakaian yang panjang.
Ahh bagi kita yang badan besar ini, lebih bagus memakai pakaian yang panjang yang tepat sehingga paras pinggang.Jangan pakai yang terlalu pendek atau terlalu panjang pada kamu kerana ia memberi kesan jadikan kamu kelihatan pendek.
Oklah ini dahulu tips pemilihan pakaian, kalau ada lagi nanti acik tambahkan lagi yer, Jadi ia salah satu usaha untuk kita menyakinkan diri, jangan malu dan segan sebab badan kita gemuk. Ada caranya jangan gundah dan gusar harap ia membantu.
4 Ulasan