Ticker

6/recent/ticker-posts

Benarkah Kamu Sudah Bersedia Untuk Bertemu Jodohmu ?


Assalamualaikum

Tika ianya ramai yang berduka dan merungut :

" Bilalah aku nak jumpa jodoh aku"
" Penat aku kecewa bercinta, serik ! kenapalah Allah tak temukan aku dengan seseorang yang baik untuk aku !"

Dalam penantian ramai yang kecundangan dalam kesabaran. Semakin banyak keluhan dan rungutan di luahkan demi cinta dan jodoh yang di danbakan.

AllahSWT berfirman :

Wahai orang-orang yang beriman mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat,..” (Al-Baqarah: 153)


Sabarlah sahabatku sekalian. Penantian kita tidak akan sia-sia jika yakin sepenuh hati dengan Allah.


Pertemuan itu ada, tetapi ianya sebagai perkenalan untuk kita temui jodoh kita. Allah tahu yang yang terbaik untuk kita cuma cepat atau lambat tetap menjadi rahsiaNya. Serta menjadi ujian dariNya.

Tetapi lebih indah jika penatian di persiapi persedian untuk kita temui jodoh kita. Bagaimana pula itu ? 

Berkahwin itu penuh dengan tanggungjawab dari segi material dan batin.Sebab jodoh itu untuk di jadikan sesuatu yang halal.

Lengkapi diri kita dengan ilmu agama, pelajari untuk jadi imam dan makmum yang baik. Pelajari tanggungjawab tugas sebagai suami mahupun isteri.

Cari kerja yang baik dan kumpullah duit untuk duit perkahwinan nanti. Buatlah tabungan.Nanti tidaklah terkejar-kejar bila tibanya jodoh kamu.

Mungkin juga jodoh itu hadirnya bila pada Allah,kita benar-benar sedia memikul tanggungjawab.

Berdoalah, memohon pada Allah. Kena fikir untuk kawin, perlukan pembelanjaan, ilmu rumah tangga, kesabaran dan kematangan dalam buat keputusan.Emosi dan pelbagai lagi.

Benarkan kamu dah bersedia ? 

Catat Ulasan

4 Ulasan

nini berkata…
Ya....sabar dan solat....
Nieyla Nadia berkata…
Ya..kalau tanya nieyl..dah bersedia dah..sebab Alhamdulillah....
Allah beri jodoh awal dan baik untuk nieyl...InsyaÁllah biarlah jodoh ini sampai ke jannah..Amin...
Semoga Acik pun di ketemukan jodoh yang baik² dan berbahagia hingga ke jannah..Amin..
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Banyakkan bersabar dan ingatlah sentiasa berdoa pada Allah swt..